CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Bursa Malaysia ditutup lemah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kaunter mewah berusaha kekal  kedudukan dalam dagangan turun naikHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lemah semalam dengan kebanyakan kaunter mewah berusaha mengekalkan kedudukan dalam dagangan turun naik, berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro, kata peniaga.\rPetunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 12.05 mata atau 0.78 peratus lebih rendah kepada 1,528.98, selepas dibuka 0.24 mata lebih tinggi pada 1,541.27.\r\n\n\n\n\r  “Kedudukan pasaran global lemah. Saham di Wall Street dan Asia menghadapi tekanan jualan, dengan berita buruk bertali arus dari zon euro,” kata peniaga.\r  Jumaat lalu, Fitch Ratings mengurangkan penarafan hutang Greece sebanyak tiga mata, manakala Standard & Poor mengurangkan unjuran untuk Itali kepada ‘negatif’ daripada ‘stabil’.\r\n\n\n\n\n\r“Kami menjangkakan saham tempatan akan terus lemah ekoran tekanan faktor luaran yang negatif,” katanya sambil menambah ketika ini tidak banyak pemangkin yang wujud dalam pasaran bagi merangsang pasaran tempatan.\rJumlah dagangan semalam sedikit tinggi kepada 870.618 juta saham bernilai RM1.3 bilion berbanding 869.297 juta saham bernilai RM1.4 bilion yang direkodkan Jumaat lalu.\rKaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 630 kepada 175 manakala 266 kaunter tidak berubah dan 378 lagi tidak digantung.\rIndeks Kewangan turun 133.17 mata kepada 14,259.99, Indeks Perusahaan susut 42.36 mata kepada 2,701.10 manakala Indeks Perladangan susut 77.73 mata kepada 7,654.34.\rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 91.49 mata kepada 10,537.09, Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia susut 124.19 mata kepada 11,412.22 dan Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia susut 51.89 mata kepada 4,295.68. \rMengetuai senarai aktif, Ingenuity yang mencatatkan kerugian 4.5 sen kepada 13 sen, disiasat atas aktiviti pasaran yang luar biasa (UMA) oleh Bursa Malaysia berikutan kejatuhan ketara harga saham di sebalik peningkatan aktiviti jumlah dagangan saham syarikat itu.\rDBE Gurney susut setengah sen kepada 7.5 sen manakala Mulpha, yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM238.611 juta bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac lalu, menokok 2.5 sen kepada 53.5 sen.\rBagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank rugi tujuh sen kepada RM8.80, CIMB susut empat sen kepada RM8.24 manakala Petronas Chemicals tidak berubah kepada RM6.99.  \rSime Darby susut lima sen kepada RM9.09 manakala Axiata tidak berubah pada RM4.95.\rBritish American Tobacco (BAT), MISC dan KLK adalah antara kaunter mewah yang mengetuai senarai saham rugi.\rBAT rugi 48 sen kepada RM45.50, manakala MISC dan KLK masing-masing susut 34 sen kepada RM6.69 dan RM21.66.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 604.26 juta saham bernilai RM1.25 bilion berbanding 635.29 juta saham bernilai RM1.32 bilion yang direkodkan Jumaat lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 203.4 juta saham bernilai RM35.799 juta berbanding 172.06 juta saham bernilai RM367.96 juta sebelumnya.\rWaran meningkat kepada 60.034 juta unit bernilai RM8.5 juta berbanding 56 juta unit bernilai RM8.46 juta sebelumnya.\rBarangan pengguna menyumbang sebanyak 60 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 109 juta, pembinaan 28.3 juta, perdagangan dan perkhidmatan 231 juta, teknologi 17.6 juta, infrastruktur 8.3 juta, kewangan 53 juta, hotel 1.4 juta, hartanah 73.4 juta, perladangan 17.5 juta, pelombongan 92,000, REIT 4.3 juta dan dana tertutup 76,800. – BERNAMA  \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051455 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list