CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Guardiola tolak label pasukan pilihan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola penuh dengan pujian buat pesaing dari Liga Perdana, Manchester United kelmarin dan enggan menerima tanggapan pasukannya sebagai pilihan pada final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini.\rUnited beraksi konsisten dan tidak sehebat seperti sebelumnya ketika menjuarai liga domestik, manakala Barcelona terus menerima pujian di atas corak permainan hantaran cantik dan persoalan tercetus sama ada ini barisan terbaik sepanjang zaman.\r\n\n\n\n\rNamun, Guardiola yang baru berusia 40 tahun - dan pernah menganggotai skuad juara Barcelona ketika kali pertama di Wembley 1992 - tidak mahu terbawa-bawa dengan pujian melangit itu.\r\r\n\n\n\n\n\"Saya melihat United bermain pada separuh akhir timbal balik kedua (Liga Juara-Juara) menentang Schalke dan mereka begitu kuat sungguhpun turun tanpa beberapa pemain penting,\" kata Guardiola, yang pada musim pertamanya pada 2009 mengemudi Barca ke tiga kejuaraan - liga, piala dan Liga Juara-Juara.\r\"Mereka memiliki kekuatan secara menyeluruh dan berupaya menurunkan empat atau lima barisan berbeza tanpa masalah. Mereka sentiasa kompetitif dan menjadi antara pasukan terbaik dunia dan dianggap begitu sejak lima atau 10 tahun lalu.\"\rPerlawanan di London adalah ulangan final di Rome dua tahun lalu apabila Barca menang 2-0.\rUnited menguasai babak awal permainan tetapi selepas jaringan Samuel Eto\'o, pasukan Catalan itu mengambil alih penguasaan dengan Lionel Messi mengesahkan kemenangan pada separuh masa kedua tetapi Guardiola berkata, banyak yang boleh dipelajari daripada perlawanan itu.\r\n\n\n\n\r\"Kami menonton semula perlawanan itu dan saya fikir Manchester lebih baik berbanding kami pada babak kedua dan kami lebih baik selepas itu. Saya fikir ia bakal menjadi satu lagi perlawanan sukar,\" kata Guardiola.\r\"Apa yang boleh saya katakan, ia adalah final yang bagus tetapi anda tidak tahu kerana pemain kadang kala bimbang apabila memikirkan final. Kami berdepan (Wayne) Rooney, (Antonio) Valencia dan Chicharito (Hernandez), semuanya bagus dan boleh menekan kami jika diberikan ruang. Selain itu pertahanan mereka juga kental.\" - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.128251 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list