CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Bisnes Dunia: Mogok beri kesan pengeluaran Hyundai

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat tetap sasar keluar 11,000 Sonata Hybrid walaupun berdepan krisis tenaga kerja\rHYUNDAI Motor menyasarkan untuk menjual 11,000 unit kenderaan versi hibrid bagi model sedan popularnya, Sonata di Korea Selatan tahun ini meskipun terpaksa berdepan dengan masalah mogok pekerja pembekal komponen enjinnya.\r\n\n\n\n\r   Yoosung Enterprise yang menyediakan 70 peratus komponen gegelung omboh pada kenderaan Hyundai yang dihasilkan Kia Motors, menghentikan pengeluaran sejak 18 Mei lalu selepas timbul perselisihan faham ahli kesatuan pekerja berhubung gaji baru dan sistem syif.\r\r\n\n\n\n\n   Kelmarin, Hyundai menghentikan pengeluaran enjin diesel di kilang Ulsan yang terbabit mogok daripada pekerja Yoosung dan memberi amaran bahawa ia akan memberi kesan kepada pengeluaran enjin petrol berikutan bekalan komponen yang semakin berkurangan.\rGegelung omboh yang dihasilkan Yoosung hanya berharga AS$1 namun ia digunakan pada kebanyakan model kenderaan Hyundai dan Kia termasuk Sonata sedan dan Santa Fe SUV yang dikenali Kia K5 sedan serta model Sportage R SUV.\rHyundai yang terjejas berikutan kerugian pengeluaran model SUV berkata, gangguan itu tersebar sehingga membabitkan model K5 dan Sportage R. \rAnggaran kerugian keseluruhan pengeluaran adalah 48,000 unit sehingga akhir bulan ini jika isu itu tidak diselesaikan.\r\n\n\n\n\rPihak polis mengawal ketat kilang Yoosung di wilayah Selatan Chungcheong kelmarin, selain mengeluarkan waran tangkap terhadap dua pemimpin kesatuan Yoosung dan waran geledah di pejabat kesatuan terbabit.\rSelasa lalu, Persatuan Pengeluar Kenderaan Korea mendesak ahli kesatuan Yoosung supaya menghentikan mogok haram terbabit.\r“Lebih 20,000 bahagian yang digunakan untuk menghasilkan kereta dan hanya gangguan daripada satu bekalan menjejaskan pengeluaran,” kata kumpulan industri dalam satu kenyataan. \rYoosung turut menyediakan komponen utama enjin pengeluar kereta seperti akan syarikat General Motors (GM) di Korea dan Renault SA, yang mana mewujudkan kebimbangan bahawa mogok berpanjangan akan turut menjejaskan pengeluaran dua syarikat itu.\r“Kami berkemungkinan perlu menghentikan pengeluaran enjin petrol berikutan kurangnya bekalan gegelung omboh,” kata jurucakap Hyundai.\rHyundai berkata, peringkat awal mogok terbabit melumpuhkan pengeluaran model Santa Fe, Tucson ix dan Veracruz di kilang utama Ulsan sejak Ahad selain menjejaskan pengeluaran Kia Carnival SUV di kilang Sohari bermula Jumaat.\rMogok tercetus sejurus Hyundai Motor melancarkan sasaran jualan bagi kenderaan terbarunya iaitu Sonata Hybrid yang mana kesemuanya dikeluarkan di Korea Selatan. – REUTERS

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.039073 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list