CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

PROTON sedia modal RM1.6b

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Separuh peruntukan perkukuh  operasi Lotus  Group International \rPROTON Holdings Bhd memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM1.6 bilion dalam tahun kewangan ini, iaitu peningkatan hampir sekali ganda berbanding tahun kewangan lalu.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata separuh daripada jumlah itu akan disalurkan kepada Lotus Group International Ltd bagi mengukuhkan operasi dan melancarkan usaha merealisasikan pengeluaran model barunya seawal 2013.\r\r\n\n\n\n\n  Bakinya, kata beliau akan digunakan bagi mengukuhkan operasi domestik pengeluar kereta nasional itu, termasuk pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi baru, khususnya teknologi hijau.\r“Tahun ini bakal menjadi tahun perbelanjaan modal terbesar PROTON. Kami perlu melabur untuk masa depan bagi memastikan kami lebih bersedia dan lebih berdaya saing,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 di Subang Jaya, semalam. Hadir sama Pengerusi PROTON Holdings, Datuk Nadzmi Mohd Salleh.\rPerbelanjaan modal PROTON Holdings dalam tahun kewangan lalu ialah sekitar RM900 juta.\rDalam perkembangan berkaitan, Syed Zainal berkata usaha sama pertama  PROTON Holdings dengan Lotus Group bagi pengeluaran kereta kecil global kini sudah memasuki peringkat akhir.\r\n\n\n\n\rJelasnya, pihaknya kini dalam proses memuktamadkan rundingan dengan semua rakan kongsi, khususnya berhubung pembekalan serta pembangunan platform untuk pengeluaran kereta kecil berkenaan.\r“Kami sedang memuktamadkan terma komersial dengan rakan kongsi. Jika segala-galanya berjalan lancar, kereta pertama akan dikeluarkan dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.\rPROTON Holdings mencatat penurunan 17.5 peratus keuntungan sebelum cukainya kepada RM215 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 berbanding RM261 juta tahun sebelumnya, terutama disebabkan kos penjenamaan serta perbelanjaan proses pengstrukturan semula lebih tinggi ditanggung Lotus Group.\rBagaimanapun, pendapatan pengeluar kereta nasional itu dalam tahun kewangan dikaji meningkat kepada RM8.98 bilion daripada RM8.23 bilion sebelumnya.\rBagi suku keempat berakhir 31 Mac 2011, ia mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM80.855 juta, jauh lebih tinggi berbanding RM12.903 juta dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya berikutan peningkatan permintaan kereta keluarannya.\rSyed Zainal berkata, peningkatan permintaan terhadap kereta Proton dicerminkan pendapatan yang diraih dalam suku dikaji apabila ia melonjak kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.2 bilion tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.\rJualan kereta Proton dalam suku dikaji berkembang 21 peratus kepada 44,870 unit berbanding 36,943 unit dalam suku sebelumnya, disumbangkan oleh tiga model popularnya iaitu Persona, Saga dan Exora, selain dibantu pelancaran Inspira.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046618 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list