CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

MAS kekal sasaran keuntungan operasi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PENERBANGAN Malaysia (MAS) mengekalkan sasaran keuntungan operasi antara RM300 juta dan RM600 juta bagi seluruh tahun ini, walaupun mengalami kerugian operasi RM267 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac lalu.“Walaupun sukar, kami akan melakukan apa yang boleh untuk mencapai sasaran berkenaan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin, pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan kebangsaan itu di Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\n  Beliau menjelaskan, sasaran itu dibuat ketika bahan api pesawat pada harga kira-kira AS$96 setong, tetapi kini ia berada pada paras kira-kira AS$139 setong.\n\n\n\n\n  Beliau berkata, masalah kenaikan bahan api pesawat bukan saja dirasai MAS, tetapi oleh semua syarikat penerbangan di dunia.“Bagaimanapun, kami komited untuk fokus dengan strategi pengembangan yang sudah ditetapkan termasuk mewujudkan angkatan pesawat baru serta  meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan.“Kami tidak akan mengubah sasaran keuntungan operasi serta berusaha melaksanakan strategi untuk mencapai sasaran itu sebaik mungkin walaupun dalam suasana yang agak sukar,” katanya.Tengku Azmil berkata, kenaikan kos bahan api dan pengukuhan mata wang ringgit menyaksikan MAS mencatatkan kerugian operasi RM267 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2011 berbanding keuntungan operasi RM290 juta dalam tempoh sama tahun lalu.\n\n\n\nBeliau berkata, secara keseluruhannya, pendapatan MAS merosot kepada RM3.19 bilion pada tempoh itu berbanding RM3.30 bilion pada tempoh sama pada tahun sebelumnya.Katanya, secara perbandingan untuk suku sama 2010, MAS mencatatkan kenaikan ketara dalam aspek penting perniagaan teras dengan kenaikan 10 peratus trafik, sekali gus menjurus kepada pertambahan faktor muatan penumpang sebanyak 76 peratus.“Ini menyaksikan kenaikan keseluruhan pendapatan penumpang sebanyak 10 peratus dan sumbangan positif yang ketara daripada perniagaan mewah yang mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak 40 peratus.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.114112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list