CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Firma Jepun labur RM9.06b

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tokuyama Corporation bina kilang polisilikon RM3.7b di Bintulu\rBEBERAPA firma terkemuka Jepun menyatakan komitmen pelaburan berjumlah RM9.06 bilion dalam pelbagai projek pembuatan di Malaysia dalam tempoh lima tahun, bermula tahun ini hingga 2015.\r\n\n\n\n\r  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata daripada jumlah itu, RM3.84 bilion akan dilaburkan bermula tahun ini sehingga 2013, manakala RM5.22 bilion lagi dalam tempoh 2013 hingga 2015.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini adalah angka pelaburan yang sudah disahkan, cuma saya tidak dapat umumkan nama syarikat berkenaan, kerana mereka akan mengumumkan sendiri apabila mendapat kelulusan lembaga pengarah masing-masing,” katanya sambil menambah pelaburan itu termasuk projek Tokuyama Corporation di Bintulu bagi membina kilang mengeluarkan polisilikon bernilai RM3.7 bilion.\rNajib berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia di ibu negara Jepun itu, semalam.\rBeliau yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Jepun sebelum itu menghadiri Mesyuarat Meja Bulat bersama Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) yang turut disertai 22 pemimpin industri negara matahari terbit itu, termasuk Sumitomo Corporation, Tohsiba dan Hitachi.\rSebelum itu beliau menyampaikan ucaptama bertajuk \'Menangani Cabaran Asia dan Bangkit Daripada Kesukaran Menerusi Kesepaduan Serantau\' di Persidangan Antarabangsa Nikkei.\r\n\n\n\n\rMengulas mesyuarat dengan JAMECA, Perdana Menteri berkata, ia adalah satu perjumpaan yang amat produktif.\r\"Dalam pertemuan itu, saya beri jaminan kerajaan akan meneruskan dasar yang sedang diamalkan dan terus menggerakkan ekonomi secara positif. Apa yang dilaksanakan kerajaan Malaysia juga akan secara berterusan mesra pelabur,\" katanya.\rMengenai pertemuannya dengan Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto, Najib berkata, Matsumoto melahirkan penghargaan kerajaannya atas segala usaha dilakukan Malaysia terutama simpati yang amat mendalam terhadap mangsa gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, termasuk meluluskan satu usul khas di Parlimen.\rKatanya, Matsumo juga merakamkan ucapan terima kasih kerajaan Jepun kerana keputusan Malaysia membatalkan arahan perjalanan yang dikeluarkan kepada rakyatnya untuk melawat negara itu berikutan bencana berkenaan yang berkuat kuasa kelmarin.\r\"Mereka turut memuji usaha kerajaan memudahkan eksport dari Jepun terutama makanan ke Malaysia menerusi penggunaan Sijil Tempasal yang mana tidak menghendaki semua barangan perlu diperiksa terlebih dulu, tapi memandai dengan sijil berkenaan,\" katanya.\rBeliau berkata, Matsumoto juga menyatakan sokongan kerajaan Jepun terhadap penubuhan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun di Kuala Lumpur yang dijangka beroperasi September ini apabila mengesahkan pinjaman istimewa untuk projek berkenaan.\r“Jepun juga melahirkan harapan supaya lebih banyak syarikat mereka diberi peluang untuk menyertai projek prasarana di Malaysia dan meraih peluang daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP),\" katanya.\rPerdana Menteri Jepun, Naoto Kan berada di luar negara bagi menyertai mesyuarat negara G8.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.040276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list