|
TV AlHijrah akan dapat diikuti lebih lebih 13 juta penonton pelanggan Astro apabila mula bersiaran menerusi saluran 114 bermula esok (1 Jun).\rSiaran di Astro ini adalah tambahan kepada siaran secara percuma yang sedia ada sekarang yang meliputi Terengganu, Pahang, Lembah Klang, Utara Johor, Sabah dan Sarawak\rDengan keluasan liputan siaran dan pertambahan penonton berpotensi, TV AlHijrah mulai 1 Jun 2011 ini , menambah waktu siaran daripada 72 jam kepada 100 jam seminggu\r\rTV AlHijrah akan memulakan siaran lebih awal berbanding sekarang. Siaran di hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada 7 pagi hingga 12 tengah malam, manakala Isnin hingga Khamis siarannya bermula 12 tengahari hingga 12 tengah malam.\r\n\n\n\n\n\rPertambahan siaran ini dilakukan untuk menyajikan program terbaik dalam pelbagai ‘genre’ untuk memenuhi selera penonton dengan kandungan Islam yang kreatif dan menarik walaupun TV AlHijrah baru berusia enam bulan.\rSesuai dengan tagline, Segalanya bermula di sini, TV AlHijrah akan memperkenalkan satu program realiti yang diberi nama Solehah, iaitu program mengenai pencarian bakat pendakwah dikalangan wanita dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru pendakwah wanita.\rPemilihan peserta akan berdasarkan kepada pengetahuan dalam bidang agama, pengetahuan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran, dan tinggi budi bahasa.\rSesi uji bakat akan diadakan pertengahan Jun ini, terbuka kepada penuntut di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta.\r\n\n\n\n\rSelain itu, TV AlHijrah juga akan memperkenalkan program menarik seperti Madrasah AlHijrah, Reflection, Khidmat Syariah dan Cinta Masjid.\rCinta Masjid adalah satu acara tanggungjawab sosial korporat yang mana TV AlHijrah akan mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai acara di masjid di seluruh negara. Cinta Masjid akan bermula Julai nanti yang juga akan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi di bawahnya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|