CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Salma memang layak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Juara baru Mentor ketepikan saingan sengit Shiha dan IqaKELMARIN sememangnya malam untuk Salma. Kemantapan vokalnya begitu mengagumkan malah kebijaksanaan memilih dendangan yang menyerlahkan lagi keistimewaannya melayakkan anak jati Sabah itu menjuarai Mentor musim kelima.\rTidak bermakna dua pesaing lain - protege Datuk Sharifah Aini iaitu Nurshiha Mohd Zikir, 24 (Shiha) dan anak didik Edry Abdul Halim, Nursyafiqah Nasratazullah Mohd Nor, 25 (Iqa) kurang bagus, cuma jika dibuat perbandingan malam itu Salma lebih menyengat!\r\n\n\n\n\rBiarpun sebelum ini pernah menerima kritikan berkaitan konsep dan pemilihan lagu terutama daripada Datuk Ramli MS selaku juri profesional, nyata Salma atau Salmah A Asis, 21 dan mentornya, Erra Fazira bangkit daripada kesilapan lalu.\r\r\n\n\n\n\nMalah kemenangan itu juga menepis segala dakwaan mengatakan TV3 sengaja menggunakan kuasa veto menyelamatkan Salma apabila mengumumkannya sebagai finalis ketiga berbanding hanya dua orang yang diwar-warkan melangkah ke akhir.\rMenyingkap semula repertoire persembahan kemuncak yang dipancarkan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam, sebaik saja dia membawakan lagu Listen nyanyian asal Beyonce Knowles sebagai solo pertama, hanya sorakan gemuruh kedengaran.\rBukan memuji melambung, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu berjaya memukau khalayak terutama barisan juri termasuk termasuk Ramli, Azmeer dan Ziana Zain hanya ‘bersenjatakan’ keampuhan suara lantang dan menjiwai lagu sepenuhnya.\rRentak persembahan Salma melonjak ketika segmen duet yang menyaksikan gandingannya bersama Jaclycn Victor, seorang penyanyi bervokal lantang. Calang-calang orang, pasti gerun berpadu suara dengannya dek takut ditenggelami penyanyi itu.\r\n\n\n\n\rNamun sekali lagi Salma menampilkan kehebatan kerana baik lagu Cinta (Krisdayanti & Melly Goeslow) mahupun Rindu (Hetty Koes Endang) yang punya key tinggi dibawakan bersahaja bersama tona suara sempurna, malah langsung tidak dibayangi pelantun asal lagu itu.\rTidak hanya mampu meletakkan diri sebaris dengan Jaclyn, mereka bagai berlawan-lawan kekuatan vokal sebaik saja berkongsi pentas dan membanggakan apabila Salma terus membuktikan keunggulan kerana setiap ‘tarikan suara’ disambut sorakan padu.\rBaik lagu lama mahu pun dendangan terbaru yang dicipta khas Taja MUH berjudul Aku Permata, segala-galanya dilontar sempurna dan barangkali jika terdapat kekurangan, ia disamakan keyakinannya di atas pentas - menguasai tumpuan ramai.\rTidak hairan apabila dia mampu membawa pulang ganjaran utama, wang tunai RM100,000 serta kereta Chevrolet Cruze sebagai ganjaran bergelar juara sekali gus menyekat penguasaan Shiha yang konsisten setiap minggu dan disebut-sebut antara calon kegemaran ramai.\rKekuatan vokal saja tak cukup\rShiha yang turut memberi saingan sengit menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo pula berjudul Kisah Hati dendangan asal Alyah manakala duet bersama Black untuk lagu Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.\rTidak dinafikan vokal gadis berusia 24 tahun ini cukup lunak hingga seorang lagi juri, Azmeer turut mengakui bulu romanya meremang sebaik mendengar Shiha bernyanyi. \rNyata rezeki mutlak milik Salma sekali pun cubaan menampilkan persembahan sempurna hampir berjaya apatah lagi tiada satu pun dendangan kedengaran sumbang namun akui Ramli MS vokal saja tidak mencukupi jika tiada tenaga atau aura.\rKeyakinan mengundang Black sangat menakjubkan, tetapi agak mengecewakan apabila duet Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis dilihat lebih kepada usaha memilih dendangan selamat, sedangkan banyak genre lagu lain yang mampu mencabar vokal kedua-duanya. \rBegitupun, seperti diucapkan mentornya yang mesra dipanggil Umi, dirinya tidak kecewa sebaliknya berbangga apabila didik yang diasuh selama tiga bulan menonjolkan persembahan terbaik malah perjalanannya masih panjang dan diyakini Shiha mampu melangkah lebih jauh.\rDengan pungutan mata yang boleh dikatakan ketinggalan agak jauh iaitu 85 markah milik Salma berbanding dirinya, 67 mata, anak jati Kuala Lumpur itu berada pada tangga kedua sekali gus menerima wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150.\rIqa kelemasan dek Faizal Tahir\rPemenang ketiga, Iqa menyampaikan lagu ciptaan mentornya sendiri berjudul Di Penghujungnya dengan sepenuh perasaan hingga mengundang pujian tetapi lagu solo pilihan yang dipopularkan Datuk Sheila Majid, Ku Mohon kurang menyerlah. Begitu juga paduan suara bersama Faizal Tahir yang tampak menenggelamkan dirinya sendiri. \rKonsep persembahan memang gah termasuk mengundang pemuzik orkestra bagi permainan solo dan imej futuristik bagi paduan suara cukup menghiburkan, cuma dalam pertandingan nyanyian vokal tetap menjadi pertaruhan. Iqa sekadar berpuashati di tempat ketiga dengan pungutan 56 mata dan membawa pulang wang tunai RM10,000.\rApa pun, Ramli MS yang mengadili konsert mingguan sejak Mentor musim lima bersiaran kira-kira tiga bulan lalu menegaskan perkara paling penting adalah langkah seterusnya kerana jika protege dapat temui laluan betul dan komposer yang benar-benar memahami vokal, pasti mereka terus menyinar.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.041527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list