CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

3 filem dapat RM14.3 juta

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
David Teo kecewa kutipan Kongsi tak capai sasaranTIGA filem tempatan yang ditayangkan sepanjang Mei iaitu Kongsi, Nur Kasih The Movie dan Karak mencatatkan kutipan kasar terkumpul dianggarkan berjumlah RM14.3 juta. \rSemua angka kutipan kasar itu adalah berdasarkan kenyataan daripada penerbit filem masing-masing. \r\n\n\n\n\rPenerbit Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo mengatakan filem terbitannya, Kongsi yang ditayangkan sejak 12 Mei lalu hingga 29 Mei mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta. \r\r\n\n\n\n\nIni diikuti dengan filem terbitan Gran Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhathia yang memperolehi kutipan RM4.5 juta selepas 10 hari ditayangkan bermula 19 Mei lalu. Sementara itu, filem Karak pula selepas empat hari ditayangkan masih berupaya mengaut pungutan kasar RM1.8 juta. \rTernyata anggaran pungutan kasar itu membuktikan sambutan penonton tidak terjejas walaupun dengan kemasukan filem import terutama dari Hollywood, termasuk filem yang dianggap blockbuster, Piratse of the Caribbean: On Stranger Tides, Kung Fu Panda 2 dan Priest. \rBagaimanapun, apa yang jelas hasrat penerbit filem Kongsi, David Teo untuk melihat filem terbitannya itu mencatat kutipan kasar RM10 juta daripada penayangan di panggung wayang meleset kerana hanya mampu mengumpul kira-kira RM8 juta saja.\rDia meluahkan kekecewaannya kepada dua pempamer terbesar iaitu rangkaian pawagam, Golden Screen Cinema (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV) kerana menarik keluar filemnya selepas dua minggu ditayangkan.\r\n\n\n\n\rDavid mendakwa, GSC dan TGV mengeluarkan Kongsi kerana dengan alasan filem itu akan ditayangkan di di saluran Astro First. Bagaimanapun pawagam kecil seperti Big Cinema, MBO, Cathay dan Lotus Five Star masih menayangkan filem arahan Farid Kamil itu.\r“Mentang-mentang segala keputusan terletak di tangan mereka, dengan mudah pempamer menarik filem saya selepas dua minggu memenuhi syarat wajib tayang sedangkan sambutan untuk filem itu masih menggalakkan.\r“Kami sering diperlakukan sebegini, apabila ada filem besar dari Hollywood masuk, pempamer dengan sesuka hati mengurangkan jumlah tayangan filem tempatan. Mereka menjadikan kemasukan filem kami ke Astro First sebagai alasan untuk tidak menayangkan filem di pawagam. Walaupun kecewa, saya gembira kerana adanya Astro First. \r“Dengan adanya Astro First, harapan untuk melihat Kongsi mencatat kutipan RM10 juta akan terlaksana. Empat hari sejak Kongsi memasuki Astro First, filem itu mendapat sambutan yang sangat baik,” katanya.\rGBSB tetap puas hati\rSementara itu, GBSB berpuas hati dengan kutipan kasar Nur Kasih The Movie iaitu RM4.5 juta kerana mereka memang tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. \rPengurus Besarnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata walaupun memasuki minggu kedua kutipan filem itu masih lagi konsisten. \rIa jelas berbeza dengan filem terbitan GBSB yang lain yang lazimnya menyaksikan pengurangan sebaik saja memasuki minggu kedua.\r“Jumlah panggung yang menayangkan Nur Kasih The Movie pada minggu pertama dan kedua menyaksikan momentum yang masih lagi sama. Lazimnya apabila memasuki minggu kedua, jumlah tayangan dikurangkan, begitu juga kutipan yang bergerak semakin lama semakin perlahan. Tetapi berbeza dengan Nur Kasih The Movie kerana permintaan penonton untuk filem ini masih lagi tinggi.\r“Kami dimaklumkan pempamer dari utara tanah air pawagam diserbu peminat filem ini yang terdiri daripada suri rumah yang sebelum ini tidak pernah ke panggung wayang. Walaupun tidak tahu cara untuk membeli tiket tetapi disebabkan minat terhadap drama rantaian Nur Kasih, mereka sanggup membeli tiket sendiri. Ini sesuatu yang amat membanggakan buat kami, “ katanya.\rFilem Nur Kasih The Movie dibintangi Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak selain penampilan khas dua bintang veteran, Datuk Rahim Razali dan Afidah Es ditayangkan menerusi 62 dewan tayangan. Hari pertama tayangan, filem itu mencatat kutipan sebanyak RM400,000.\rKarak sasar RM4 juta\rPENERBIT filem seram Karak, Norman Abdul Halim juga berpuas hati apabila filem seram pertama arahan adiknya, Yusry itu berjaya mengutip RM 1.8 juta selepas empat hari tayangan. \rNorman yang juga penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio ketika dihubungi melahirkan rasa amat puas hati kerana purata lima filem seram yang menemui terlebih dulu ditayangkan iaitu Di Larang Masuk, Senjakala, Penunggu Istana, Seru dan Momok Jangan Panggil Aku secara purata mengutip RM1 juta atau kurang selepas empat hari tayangan tetapi Karak pula mendahului dengan RM800,000.\rKatanya, dia amat puas hati dengan kutipan yang dicatatkan kerana Karak menghadapi persaingan sengit daripada dua filem tempatan dan dua antarabangsa. Katanya, sambutan baik dari penonton menunjukkan genre seram masih ada tempat di hati peminat filem tempatan.\r“Kami mensasarkan RM4 juta hingga RM5 juta. Karak adalah filem terakhir keluar untuk bulan ini (Mei). Lagipun, kami menghadapi persaingan daripada filem yang kuat seperti Nur Kasih.\r“Kita akan terus menayangkan Karak di panggung selama yang mungkin supaya penonton dapat merasai pengalaman yang berbeza daripada menonton di TV,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.446035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list