|
FlyFM Campur Chat panaskan suasana di ibu negaraTERNYATA genre muzik seperti R&B, Pop, Rock dan Alternatif hanyalah suatu pilihan, namun yang lebih membanggakan ialah tidak mengira apa pun jenis muzik itu, ia mampu menyatukan pendengar tanpa mengambil endah apa pun gaya seseorang itu.Campur Chart Get Smashed, sebuah persembahan yang dianjurkan oleh stesen Fly FM, pada malam Sabtu lalu di pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur mendapat sambutan yang tidak kurang hangatnya, apabila pengunjungnya terdiri daripada remaja, bersesuaian dengan lingkungan umur pendengar sasaran stesen itu.\n\n\n\nKhusus bagi menghargai pendengar dan bersesuaian dengan peredaran muzik tanah air, Fly FM membawakan artis indie tempatan menghiburkan orang ramai menerusi pendekatan yang berlainan daripada yang pernah dianjurkan sebelum ini.\n\n\n\n\nKali ini, Fly FM tonjolkan keistimewaan dengan mengadakan pertarungan di antara dua genre pilihan ramai, iaitu R&B dan Rock. Barisan penghibur yang berentap adalah James Baum, Paperplane Pursuit, Hunny Madu, Bittersweet, DJ Biggie dan Hujan.Tidak hairanlah pentas dipecahkan kepada dua, di mana sebanyak tiga pusingan diadakan, seorang selebriti atau sesebuah kumpulan dari setiap genre membuat persembahan demi meraih perhatian peminat dengan penyampaian mereka yang tersendiri.Pusingan pertama menyaksikan persembahan bertenaga dari James Baum di pentas R&B dan kumpulan Paperplane Pursuit di pentas Rock. \n\n\n\nTidak dapat dinafikan, kedua-dua genre meraih sorakan yang cukup riuh-rendah, secara tidak langsung memeriahkan lagi suasana malam minggu. Namun, kemenangan berpihak kepada James Baum dengan barisan lagu yang disampaikan iaitu Mess Around, My Lead, Soldier dan One Night.Manakala, dengan lagu 1 2 3 4, Untitled, Ceritera dan Secret, Bittersweet mengungguli pusingan kedua, sekali gus membuktikan bahawa muzik indie sentiasa segar di hati pendengar terutama di kalangan golongan remaja kini.Vokalis kumpulan Bittersweet, Mohamed Hafizan, 23, yang ditemui sejurus persembahan mereka berkata pengunjung pada malam itu cukup bersemangat memberi sokongan.\"Apabila pendengar terhibur, kami pun turut merasa gembira. Ini adalah kali pertama kami terbabit di dalam pertarungan secara sihat sebegini dan ini juga julung kalinya Fly FM mengadakan pertarungan sebegini setelah hampir bertahun-tahun kami mengadakan persembahan bersama mereka.\"Persembahan malam ini juga adalah satu pengalaman yang terbaik buat kumpulan Bittersweet, di mana kami berpeluang mendekati peminat dengan lebih erat lagi dan kemenangan ini menunjukkan bahawa muzik alternatif turut mendapat tempat di hati remaja sekarang. Tidak dilupakan, Hunny Madu juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri,\" katanya.Kemudian, acara diteruskan lagi dengan pusingan terakhir daripada DJ Biggie dengan muzik R&B yang mesra pendengar serta persembahan kumpulan indie yang cukup popular dengan lagu Aku Skandal, iaitu kumpulan Hujan. Sekali lagi, muzik indie menjadi pilihan pengunjung.Walaupun kumpulan Hujan tiba agak lewat pada malam itu, persembahan mereka sentiasa dinanti-nantikan. Lihat saja kepada sambutan yang diterima, peminat turut bersorak riang, menyanyikan bait-bait lirik lagu Hujan yang malar segar.Apa yang menarik ialah kuasa kemenangan bagi pertarungan dua genre ini berpandu kepada sorakan peminat yang hadir pada malam itu. Jeritan dan laungan yang paling bertenaga dari pengunjung membuktikan kemenangan. Ternyata peminat yang hadir pada malam itu cukup sporting dan setia menanti sehingga persembahan tamat.Namun, kemenangan bukanlah perkara yang dicari-cari pada malam itu kerana pertarungan secara positif sebegini mampu mewujudkan persekitaran yang sihat dalam industri hiburan tanah air. Muzik juga dapat mewujudkan elemen sepakat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|