CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Guru keliru peruntukan cuti bersalin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SAYA seorang guru yang berkhidmat di Melaka berasa begitu musykil berkenaan cuti bersalin yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran. Menjadi satu kebanggaan buat kami kakitangan kerajaan terutama golongan wanita apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 kepada 90 hari.\rBagi kami itu satu rahmat yang tidak ternilai. Namun, apa yang menjadi tanda tanya saya ialah mengapa Jabatan Pelajaran Melaka mengeluarkan arahan kepada semua sekolah di negeri ini untuk memberikan cuti bersalin sebanyak 60 hari saja. Di manakah hak kami yang diberikan oleh Perdana Menteri? \r\n\n\n\n\r  Saya seperti melihat kedudukan Pengarah Pelajaran lebih berkuasa daripada Menteri Pelajaran. Apabila saya merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah, apa yang diterima ialah jabatan tidak mempunyai peruntukan wang untuk membayar gaji guru untuk menggantikan guru bersalin.\r\r\n\n\n\n\n  Malah, belum ada pekeliling dikeluarkan mengenai arahan ini. Saya juga ada bertanya kepada rakan lain yang mengajar di sekolah di negeri lain dan dimaklumkan mereka tidak mempunyai masalah dari segi mendapatkan cuti bersalin 90 hari. Malah, JPN mereka juga sudah menyediakan peruntukan untuk guru ganti.\rApabila saya menyemak di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sudah dikeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 14 tahun 2010 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bertarikh 2 Disember 2010.\rMalah, pekeliling itu sudah berkuat kuasa pada 15 Oktober tahun lalu. Oleh itu bagaimana Pengarah Pelajaran Melaka boleh mengeluarkan arahan kepada semua sekolah menyatakan bahawa cuti bersalin tidak boleh diambil 90 hari kerana tidak ada pekeliling yang baru dikeluarkan selepas itu.\rSaya juga ingin mengetahui berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap Jabatan Pelajaran Negeri pada setiap tahun. \r\n\n\n\nIni kerana alasan yang diberikan oleh JPN ialah tidak cukup ‘bajet’. Setiap tahun alasan yang sama diberikan oleh JPN apabila sekolah memerlukan guru ganti untuk menggantikan guru bersalin. \rPersoalannya, bagaimana sebuah negeri yang kecil seperti Melaka tidak mempunyai peruntukan membayar guru ganti jika dibandingkan dengan negeri lain. \rHampir lima tahun saya mengajar di Melaka dan inilah alasan yang sering mereka berikan. Adakah peruntukan yang diberikan kepada JPN digunakan untuk membawa kakitangan mereka melancong pada hujung tahun?\rHendak dikatakan mengadakan kursus di luar dari  Melaka, rasanya tidak juga  kerana kebanyakan kursus yang diadakan hanya diadakan di JPN saja.\rFADLINA OTHMAN,\rMelaka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.116050 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list