CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

Pertahankan kedudukan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Grey Sky Morning percaya populariti aliran muzik indie \rPENGGIAT seni pernah meramalkan, jangka hayat kumpulan indie tidak akan bertahan lama dalam aliran muzik arus perdana. \r\n\n\n\n\rFenomena dibawakan kumpulan bawah tanah atau underground terhadap industri muzik tanah air dijangka hanya bertahan untuk tempoh dua tahun.\r\r\n\n\n\n\nSeperti dijangka, populariti kumpulan indie semakin suram sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti pada 2009, ketika itu banyak nama-nama baru muncul untuk mencuri peluang di atas kebangkitan muzik bawah tanah. Bagaimanapun kehadiran kumpulan indie baru ke arus perdana kini semakin berkurangan.\rManakala kumpulan indie sedia ada yang memasuki arus perdana dua tahun lalu terus berusaha mempertahankan kedudukan supaya kewujudan mereka tidak dilupakan peminat.\rGrey Sky Morning (GSM), kumpulan berasal dari Klang, Selangor yang wujud pada 2004 atas tiket bawah tanah mula melebarkan sayap ke gerbang arus perdana atau mainstream pada tahun 2009. \rTerdiri daripada lima anak muda Yatt (bass), Ojex (gitar utama), Ery (dram), Ewan (gitar kedua), Ejan (vokal) dan Ammar (keyboard), GSM juga sudah dapat menjangkakan usia kumpulan indie tidak akan lama.\r\n\n\n\n\rPemain dram GSM, Ery berkata, apabila muzik dikorporatkan, penggiat muzik indie harus bersedia untuk berdepan dengan tarikh luput. Ini bukan perkara baru tetapi sudah berlaku kepada irama hip hop, dangdut, rap dan irama Malaysia.\rKena ikut kehendak pasaran\rBAGI memastikan nama GSM dapat terus bertahan, kumpulan yang dikenali dengan karya rancak seperti lagu popular mereka Cinta Gila dan Pancaroba ini mencuba rentak lagu lebih perlahan untuk single terbaru mereka berjudul Hilang Rasa Cinta.\rMenurut Ery, apabila sudah memasuki industri arus perdana, mereka tidak boleh buat lagu untuk syok sendiri sebaliknya perlu memikirkan kehendak pasaran. \rKatanya, lagu Hilang Rasa Cinta adalah percubaan pertama GSM dalam menghasilkan lagu berentak perlahan. \rWalaupun berentak perlahan,  lagu itu masih tidak lari dari tema muzik GSM. Jika dihayati betul-betul, peminat akan dapat mendengar elemen muzik kami.\r“Percubaan kami dalam menghasilkan lagu berentak berbeza daripada trademark GSM nampaknya menjadi, apabila Hilang Rasa Cinta muncul nombor satu di carta Radio XFM. Itu sesuatu yang amat membanggakan buat kami. Biarlah lagu kami lebih dikenali berbanding diri nama kumpulan ini, itu sudah memadai dan cukup menggembirakan kami. Lagipun kami selesa dengan di mana kami berdiri sekarang.\rTidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.\r“Kami memang sudah menjangka arus muzik indie tidak mampu bertahan lagi, ketika baru-baru memasuki arus perdana, boleh dikatakan setiap bulan ada saja nama kumpulan baru yang muncul. Tetapi dalam keadaan sekarang, sukar untuk melihat kumpulan baru timbul macam dulu. Itu menunjukkan petanda yang kurang baik kepada muzik indie,” kata mereka.\rSatu yang mengecewakan mereka apabila melihat penerimaan peminat terhadap artis berkumpulan tidak sehebat artis solo. \rKatanya, peminat kita seolah-olah seperti sudah di ‘sekolahkan’ dengan cara begitu, jadi tidak hairan kenapa artis solo lebih mudah untuk pergi jauh berbanding penyanyi berkumpulan.\rNamun begitu, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat GSM. Sebaliknya mereka akan terus berusaha untuk mengukuhkan nama kumpulan itu, melihat ada rakan searus yang meraih peluang membuat persembahan di majlis anugerah dan melakar nama di luar negara menyebabkan terbit juga rasa cemburu.\r“Kami tidak berputus asa walaupun GSM mungkin tidak mendapat peluang besar seperti kumpulan indie yang lain. Kalau kami hendak berdengki sekalipun, kami berdengki secara sihat. Kami tidak mahu bermusuh, kalau boleh kami mahu belajar daripada kejayaan rakan seperjuangan untuk memantapkan nama GSM.\r“Kami pernah ke Jakarta mengikuti menjayakan program pertukaran budaya. Konsep program itu seperti festival rock, sepanjang tiga hari di sana ada pengalaman menarik yang kami timba. Kami dapat melihat betapa bersatunya pemuzik di sana, mereka saling menyokong antara satu dengan yang lain. \r“Apabila pulang ke sini ia menyebabkan kami mahu lebih mendekati rakan-rakan yang lain bagi mengeratkan lagi hubungan kami,” kata kumpulan yang bernaung di bawah Fantasia Music City (FMC).\rDitanya kenapa mereka memilih untuk bernaung di bawah FMC, GSM berkata mereka memang ada menerima beberapa tawaran daripada syarikat lain ketika lagu Cinta Gila mula menjadi siulan tetapi disebabkan FMC memberikan perjanjian sama rata membuatkan mereka tertarik menerima tawaran syarikat itu. \rMalah mereka juga kini sedang dalam proses merangka lagu untuk dimuatkan dalam album kedua GSM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.712651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list