CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Bukan merajuk

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kritikan pedas tidak patahkan semangat Yana arah filem\rCANTIK, berbakat dan berilmu. Itulah kata-kata yang sesuai dikaitkan dengan pelakon berbakat besar, Yana atau Norliana Samsudin.\r\n\n\n\n\rPembabitannya dalam pentas hiburan selama sembilan tahun boleh dianggap sederhana sahaja. \r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, ramai mula membuka mata sejak lakonannya sebagai Wawa yang memperlihatkan sisi komedi dalam dirinya menerusi filem Adnan Sempit tahun lalu sehingga memberi impak dan permulaan baru dalam karier seninya. \rMengakui namanya agak lambat panas jika dibandingkan dengan rakan artis seangkatan dengannya, Yana tidak sesekali merasa ralat dan ternyata kesabarannya kini terbalas. \r“Rezeki saya agak lambat berbanding rakan lain, antaranya Irma Hasmie yang  sama-sama menceburkan diri dalam arena lakonan ketika itu. Lagipun agak sukar memberikan komitmen kerana saya perlu melakukan tiga kerja termasuk pengajian di UiTM, bertugas sebagai editor di syarikat produksi filem dan berlakon pada masa sama.\r“Hanya selepas tamat pengajian, barulah saya dapat memberi komitmen dalam lakonan. Sehinggakan saya terkejar-kejar menghadiri upacara konvokesyen dan dalam masa sama perlu bergegas ke set penggambaran Adnan Sempit,” katanya. \r\n\n\n\n\rBercerita mengenai dunia pengarahan pula, Yana yang pertama kali mengarah menerusi filem Selamat Pagi Cinta pada 2008 sehingga muncul sebagai pengarah filem wanita paling muda ketika itu menafikan dakwaan dia merajuk selepas mendapat kritikan pedas mengenai filem arahannya itu.\r“ Bukan putus asa untuk mengarah semula. Sepatutnya saya merancang untuk mengarahkan filem kedua tahun ini, tetapi kerana jadual lakonan yang padat memaksa perancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu. InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya mungkin mengarahkan filem kedua pada tahun depan,” katanya dengan nada bersungguh-sungguh.\rMengenai filem terbaru lakonannya, selain Kongsi yang baru ditayangkan di pawagam, Yana tidak sabar menunggu maklum balas penonton  di atas kemunculannya di sisi Shaheizy Sam dan Intan Ladyana dalam filem Bini Biniku Gangster.\r“Karakter  saya dalam filem ini sangat  berlainan berbanding filem  lakonan saya yang lain, yang mana watak saya dalam filem ini lebih serius dan lebih banyak aksi serta menghiburkan,” katanya.\rYana turut berharap penampilannya dalam filem arahan Ismail Bob Hashim yang dijangka ditayangkan akhir tahun ini diterima dan mendapat maklum balas positif peminat filem tanah air.\rMenyentuh karier nyanyian, Yana yang bermula dalam hiburan tanah air sebagai penyanyi ini mengakui rezekinya dalam bidang nyanyian belum membuahkan hasil. Namun, gadis cekal ini terus untuk menambat hati peminat. \rTerbaru, Yana bakal muncul dengan album runut bunyi filem dalam berjudul Aku Ada, Kau Ada yang turut menampilkannya sebagai pelakon utama bersama Shaheizy Sam. \rDia akan muncul menyanyikan tiga lagu yang mana salah satu daripadanya duet bersama  Sam.  Peminat kedua-dua bintang ini pasti ingin mendengar gabungan suara mereka yang pertama kali digandingkan.\rAkan datang, Yana yang pernah menggenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 ini bakal muncul dengan filem Lapan Jam diikuti Aku Ada Kau Ada dan Adnan Sempit Dua yang ketika ini penggambarannya sedang giat dijalankan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.396006 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list