|
Jambu beringat jangan megah walaupun semakin mendapat sokongan peminat, juri\rKEMUNCULAN mereka di pentas Maharaja Lawak pada mulanya seperti tidak dihiraukan. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, hadir dengan tagline - Muka ganas hati cute, kumpulan Jambu perlahan-lahan semakin popular di kalangan peminat, khususnya yang mengikuti program realiti Maharaja Lawak. \r\r\n\n\n\n\nBukan saja dikenali kerana tagline, Jambu yang dianggotai Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh) juga satu-satunya kumpulan yang mempunyai warna tema tersendiri.\rSetiap minggu mereka tampil menggayakan pakaian serba merah jambu, justeru memudahkan peminat untuk mengingati kumpulan Jambu. Gara-gara gaya mereka, setiap minggu kemunculan mereka sentiasa dinantikan penonton yang mahu melihat kostum akan mereka gayakan.\rDi awal kemunculan dalam program itu, Jambu bukanlah calon pilihan. Kedudukan mereka cukup jauh jika dibandingkan dengan Jozan (Johan dan Zizan), Nabil mahupun Sepah (gabungan Jeff, Shuib dan Mamat). \rKemunculan mereka pada episod pertama tidak begitu diberikan perhatian semuanya kerana lawak yang tidak berapa menjadi.\r\n\n\n\n\rNamun memasuki minggu kedua, Jambu semakin menunjukkan taring. Perlahan-lahan mereka menjadi kegilaan sehingga ada peserta yang mula gerun dengan pencapaian Jambu.\rBagaimanapun bagi Yus dan Tauke, mereka tidak pernah menganggap Jambu sudah hebat. Walaupun sering menambat hati juri, Jambu lebih selesa dengan kedudukan selamat sebelum ini. Siapa tidak mahukan wang tunai RM300,000 yang akan menjadi milik juara, namun dua sahabat baik ini enggan terlalu berharap kerana tidak mahu kecundang.\rPertama kali bertemu secara empat mata memberi peluang kepada penulis untuk menyelami hati mereka. Saban minggu menghiburkan penonton, Jambu juga mempunyai sisi serius, mereka juga sama seperti insan lain yang punya cita-cita.\rMereka menganggap Maharaja Lawak sebagai penyelamat. Program itu seakan-akan memberi peluang kedua kepada mereka untuk kembali membina nama. Malah kenyataan sama juga pernah dikeluarkan Nabil. Justeru mereka amat berterima kasih kepada Astro kerana mewujudkan kumpulan itu.\rMengimbau kembali bagaimana mereka boleh bergandingan, Yus dan Taukeh sudah saling mengenali ketika menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan sekitar tahun 2000. \rKetika itu Yus bersama kumpulan Sanggar Pujangga manakala Taukeh dengan kumpulan Tak Tahu Menahu. Mereka sekali lagi bertemu pada 2007 ketika sama-sama menyertai Raja Lawak musim pertama pada 2007.\r“Apabila Astro memaklumkan mengenai pertandingan ini, kami merancang ingin menggunakan nama I Love You tetapi tidak dipersetujui pihak Astro kerana nama itu agak panjang. \r“Kami mendapat idea untuk nama Jambu secara tidak sengaja. Nama itu kami dapat pada saat akhir ketika hendak memasukkan suara untuk promo program ini. Kami memilih nama Jambu kerana ia singkat dan mudah diingati.\r“Warna merah jambu pula menjadi pilihan kerana kami mahu peminat senang mengingati Jambu dengan adanya warna tema. Kami sengaja memilih merah jambu kerana warna itu adalah kegemaran wanita. Jadi secara tidak langsung mahu menarik peminat dari kalangan wanita,” kata Taukeh yang turut bercakap bagi rakannya, Yus.\rKatanya lagi, walaupun sering mendapat pujian dari juri tetapi mereka tidak pernah berasakan Jambu sudah bagus. \rSebaliknya, mereka terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh peminat tetapi sentiasa beringat pada diri masing-masing supaya tidak tidak pernah berasa megah dan lupa diri. \r“Kalau boleh kami mahu kekal seperti dulu. Kami mahu terus kekal dengan imej kekampungan. Kami bukanlah ingin mengejar kemenangan semata-mata sebaliknya kami mahu peminat nampak semula kehadiran kami,” kata Taukeh.\rTaukeh hampir putus asa\rSEBELUM menyertai Maharaja Lawak, Taukeh membabitkan diri dalam dunia lakonan sesekali dia memenuhi undangan persembahan pentas. Bagaimanapun rezekinya tidak begitu memberangsangkan. \rMasuk tahun kedua, dia mula berasakan pergerakan seninya semakin perlahan hingga dia hampir berputus asa. Namun kebolehan menghasilkan skrip menyelamatkannya. \rBapa tunggal kepada enam cahaya mata itu pernah menghasilkan skrip untuk drama komedi Gerabak dan Caca Marba. Dari penulisan skrip, lelaki berusia 35 tahun ini berjinak-jinak pula dalam dunia pengarahan. Dia baru saja selesai mengarahkan Sofaz The Movie Jiwa Kacau bersama-sama bekas finalis AF7, Isma.\r“Alhamdulillah sejak menyertai Maharaja Lawak, kami mula mendapat tawaran. \rKebanyakannya untuk drama. Persembahan pentas belum ada lagi. Peluang kedua ini akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya, kalau boleh saya tidak mahu mensia-siakan lagi,” katanya.\rSudah biasa hidup susah\rLANTARAN sudah terbiasa hidup dalam kesusahan, Yusry tidak kisah sekali pun tidak mendapat tawaran berlakon. Dia kurang bersetuju apabila ada yang menuduh mempunyai masalah disiplin menyebabkan produser tidak berminat untuk mengambilnya berlakon.\rYusry berkata, dia tidak pernah bersikap buruk tetapi kehilangannya berpunca kerana tiadanya tawaran yang diterima. Daripada terpaksa berhabis duit tinggal di ibu kota, lebih baik pulang ke kampung di Perlis kerana kos sara hidup di sana yang rendah.\r“Saya pernah berasa susah jadi saya tidak kisah walaupun terpaksa balik ke kampung selepas habis Raja Lawak. Wang yang saya dapat dari pertandingan itu pun sudah habis digunakan. \r“Selepas pulang ke kampung, saya kembali main muzik dan menari dengan Jabatan Kebudayaan Negeri Perlis. Jadi saya banyak penuhi undangan di sana saja.\r“Saya tidak kisah buat apa saja jenis kerja kerana saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Saya cuma ingin gunakan kesempatan ini untuk mengembalikan ingatan peminat pada saya. Percayalah saya tidak pernah merajuk atau membawa diri,” katanya yang bakal muncul dengan single duet bersama penyanyi baru bernama Nina.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|