|
Dengarnya...: Sharnaaz dan Irma bercinta?Oleh Normah Becok2011/06/03\n\n\n\n\n\n\n\nBARU-BARU ini, seorang pembaca setia Hip ada menghubungi Cik Normah, memaklumkan mengenai insiden dirinya terserempak dengan dua pelakon yang sama cantik sama lawa, Sharnaaz Ahmad dan Irma Hasmie.\rKata pemanggil itu, kedua-dua pelakon berkenaan kelihatan cukup mesra ketika keluar bersama-sama di sebuah pusat beli-belah di pinggir ibu kota. Malah dia tidak terkejut kalau mereka sebenarnya sedang dilamun cinta, sebab bahasa badan dan kemesraan yang ditunjukkan memang memperlihatkan dua pelakon ini bagai dalam percintaan.\r\n\n\n\n\rIrma pun memang belum berpunya rasanya, selepas dia berpisah dengan Nabil tidak lama dulu. Cuma, baru-baru ini ada khabar mengatakan Irma agak intim dengan seorang pereka.\r\r\n\n\n\n\nApatah lagi dengan imej bertudung yang menyerlahkan lagi keayuannya, pasti ramai jejaka yang ingin mengenali hati budi wanita cantik ini dengan lebih dekat lagi. Apakah Sharnaaz ialah seorang daripada mereka?\rBagaimanapun, menurut seorang teman lain, Sharnaaz yang baru-baru ini dapat disaksikan lakonannya dalam filem Seru dikatakan sudah pun mempunyai buah hati, yang juga seorang selebriti. Jadi, tidak mungkin dia menduakan kekasihnya kalau betullah dia sudah pun berpunya. \rCik Normah yang tidak nampak dengan mata sendiri kejadian terbabit susahlah hendak buat apa-apa komen di sini. Cuma Cik Normah dapat tahu, Irma dan Sharnaaz sebenarnya terbabit dalam projek lakonan bersama-sama. Kalau tak silap, mereka berlakon bersama dalam drama bersiri untuk siaran bualan puasa nanti. Jadi, secara tidak langsung kemesraan pun cepat wujud antara mereka. \rLebih-lebih lagi, selama yang Cik Normah kenal, mereka berdua memang mudah mesra. Pendek kata, kalau duduk bersembang dengan kedua-duanya, alamat susahlah hendak berhenti bercakap.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|