CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Reviu CD: Soul adunan Najwa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PENGALAMAN di pentas kecil, juga pernah beraksi bersama artis antarabangsa seperti Ne-Yo dan Babyface memberi ruang kelebihan kepada Najwa untuk mencorak album ini mengikut cita rasa peribadinya.\rSebagai bakat yang terlatih dalam bidang nyanyian, penerbitan, penulisan lagu dan lirik, muzik menjadi makanannya dan setiap perisa peribadinya dicurahkan sepenuh hati menerusi 10 lagu yang dimuatkan.\r\n\n\n\n\rAlbum ini diterbitkan bersama Najwa dan Widi Puradiredja, insan yang menjadi tunggak kepada keutuhan band soul popular Indonesia, Malique & D’Essential. Sebahagian besar lagu dirakamkan di Jakarta, bersama barisan pemuzik yang mempunyai pengaruh di rantau Asia.\r\r\n\n\n\n\nNajwa meletakkan Innocent Soul dalam standard yang tersendiri. Barangkali ramai mengandaikan genre pilihannya ini cuma memenuhi cita rasa penggemar muzik urban.\rNamun jangan pantas memberikan kesimpulan kerana Innocent Soul mampu meruntuhkan batas sempadan itu.\rPengaruh daripada penyanyi jaz veteran seperti Billie Holiday dan Ella Fitzgerald, juga penyanyi era kini seperti Adele, Alicia Keys, Jill Scott dan Erykah Badu melekat ampuh dalam Innocent Soul.\rJusteru, album ini mengadun kombinasi muzik kegemarannya seperti jaz, funk, hiphop dan pop. Sesuatu yang mungkin berat untuk diterima penggemar muzik arus perdana.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Najwa berjaya menggaul setiap perisa itu dengan baik untuk menghasilkan sebuah produksi yang masih punya jalur komersial. Album ini menghimpun banyak lagu yang asyik dinikmati terutama single pertamanya, Got To Go yang mengajak pendengar untuk menari bersama.\rVokalnya mengalir hebat dan sarat penghayatan, lantas Innocent Soul mengumpan pendengar untuk menikmati keindahan alunan Najwa yang menjerat rasa. Tanpa perlu susunan muzik yang berat, produksi menyerlahkan keistimewaan Najwa sebagai bakat muda yang wajar dipandang.\rLagu lain yang memberikan impak Sweet October, Jealousy, Monday Blues, How Long Must I Wait dan Ain’t That A Shame.\rINFO\rAlbum: Innocent Soul\rArtis: Najwa\rGenre: Neo-Soul\rTerbitan: Nada Biru Muzik Sdn Bhd

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046279 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list