|
Pada usia 27 tahun, TV3 semakin kukuh, prihatin kehendak penontonHAMPIR tiga dekad mewarnai industri penyiaran tempatan, TV3 yang meraikan ulang tahun ke-27 penubuhannya dan disambut sepanjang Jun setiap tahun bertindak mengukuhkan lagi misi dan visi khusus untuk kepentingan penonton.\rDalam usia yang sudah cukup matang, TV3 terus mengukuhkan jenamanya menerusi pelbagai program yang diterbitkan khusus untuk memberi kepentingan dan kepuasan kepada penonton.\r\n\n\n\n\rBerjaya meletakkan kedudukannya sebagai stesen penyiaran teratas, TV3 terus gigih berusaha merancang pelbagai hala tuju yang melihat daripada perkembangan sektor teknologi maklumat yang semakin berkembang.\r\r\n\n\n\n\nPengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, melihat daripada peredaran zaman teknologi maklumat dan penyiaran terkini, perancangan dan strategi dirangka dengan lebih kukuh untuk mengharungi cabaran masa depan.\r“Misi seterusnya untuk mengukuhkan lagi jenama TV3 dan kandungan program yang mensasarkan semua bangsa, agama dan pegangan. Setelah beroperasi lebih dari suku abad, TV3 kini adalah ikon yang bukan saja membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan, malah sumber inspirasi untuk hiburan, rujukan dan menyentuh jiwa seluruh rakyat Malaysia.\r“TV3 memperluaskan lagi landasan dan terus berhubung dengan mendekati rakyat melalui televisyen, online (laman web) dan juga mobile mengikut peredaran arus zaman.\r“Kami berharap permulaan tahun yang positif dan sambutan menggalakkan dengan Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) lalu dan juga program yang berjaya mencatatkan rating tinggi, terus menjadi inspirasi utama kepada penonton dan masyarakat. \r\n\n\n\n\r“TV3 bukan saja dikenali kerana programnya, tetapi juga sebagai stesen TV yang prihatin dan sentiasa sedia menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang siap dengan program sosial seperti Karnival Jom Heboh 2011, Sejuta Impian, Aduan Rakyat, Bersamamu dan Singgah Sahur 2011.\rTambah Nurul Aini lagi, TV3 juga sentiasa memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada penonton bukan saja sarat dengan elemen hiburan semata-mata, malah, turut memastikan semuanya turut memberi impak positif kepada penonton.\r“TV3 mengutamakan dan menyiarkan pelbagai program tempatan terutamanya di slot tayangan waktu perdana (evening prime time slot) seperti di slot Aksi, Akasia, Zehra dan Samarinda.\r“Kita juga berkesempatan menayangkan drama bersiri 13 episod berjudul Gemilang, berkisarkan seorang guru muda, Saifullah dan rakan seperjuangannya membela nasib generasi muda yang inginkan kejayaan serta cekal menghadapi rintangan.\r“Drama ini adalah hasil arahan sutradara Kabir Bhatia yang cukup indah dengan penghasilan skrip, jalan cerita selain improvisasi sinematografi yang cukup meyakinkan. Selain mempunyai unsur pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang tragis, iltizam dan keikhlasan, turut diselitkan unsur pengajaran dan teladan bersesuaian dengan semua peringkat umur dan pelbagai latar belakang penonton,” katanya. \rMenurutnya, TV3 turut memberit perhatian terhadap program untuk slot pagi, tengahari dan petang dengan pelbagai jenis program tempatan sama ada program bual bicara seperti Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini (MHI & WHI), dokumentari dan majalah serta tidak ketinggalan rancangan kanak-kanak dan drama hebat.\rNurul juga mengakui, berdasarkan daripada program yang memenuhi kehendak penonton itu, selera penonton kita semakin berbeza mengikut era teknologi. \r“TV3 kini mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan reputasi dan pencapaian cemerlang stesen terus dikekalkan. Saya pasti ia satu cabaran besar untuk kami terus menyajikan program berkualiti dan terbaik bagi memastikan kejayaan ini berterusan. Pada waktu sama, kami juga berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran termasuklah persaingan luar.\r“Sepanjang khidmat saya bersama TV3, saya akui cita rasa penonton sekarang banyak berbeza berbanding tahun sebelum ini terutamanya dari segi penerimaan program dan konsep serta pengisian yang dipaparkan. \r“Bagaimanapun, TV3 terus unggul sebagai stesen pilihan utama Malaysia. Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang menyokong dan masih setia dengan TV3 selama ini,” katanya yang sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan komen untuk terus memperbaiki kandungan dan mutu program TV3.\rSempena sambutan ulang tahun ke-27 TV3, antara program khas yang disediakan dalam memperlihatkan kepelbagaian bentuk siarannya seperti pertandingan Movie Ulang Tahun yang mempertaruhkan hadiah wang tunai sebanyak RM27,000 kepada pemenang. Pertandingan lagu iklan TV3 yang mempertaruhkan hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan konsert Ulang Tahun ke-27 TV3 yang akan di adakan pada September depan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|