View: 164|Reply: 0
|
Dengarnya: Keberanian Prema Yin jadi bualan
[Copy link]
|
|
KETIKA ini isu video klip Prema Yin menjadi bualan peminat, apabila cerita itu menjadi kecoh, Cik Normah pun berkeinginan melayari klip video di laman YouTube itu. \rSebaik saja menontonnya, Cik Normah agak terkejut juga melihatkan aksi penuh erotik penyanyi itu.\r\n\n\n\n\rMana tak terkejut apabila isi kandungan klip video itu boleh Cik Normah anggap diklasifikasikan sebagai 18 SX. Setahu Cik Normah, Prema Yin memang berbakat orangnya dan lagu pun boleh tahan sedap juga untuk didengar.\r \r\n\n\n\n\nTapi apa perlunya dia beraksi separa lucah, adakah itu kehendaknya sendiri? Atau pengarah klip videonya yang syok sendiri?\rLucunya apabila pengarahnya menjawab ulasan daripada blogger dengan jawapan yang cukup dangkal bahawa itu adalah sebahagian daripada kerja seni. Puas Cik Normah telek, apa yang seninya? \rKalau diulang tayang beratus kali pun, yang Cik Normah perasan tidak lebih kepada seni di kamar tidur. Janganlah kerana alasan kerja seni boleh menghalalkan semua cara, tanpa mengambil kira sensitiviti orang kita yang akan menontonnya. \rTertanya-tanya juga, kenapa dia menari meliuk-lentok seperti ular yang baru mendengar tiupan seruling tuannya yang merdu. Kalau artis Bollywood, Cik Normah boleh terima juga sebab itu memang seni tari mereka. Tapi yang ini apa mesej yang cuba disampaikan pun Cik Normah tak tahu. Bila Cik Normah bertanyakan seorang teman, katanya mungkin penyanyi itu kena sawan.\r\n\n\n\n\rCik Normah sendiri tak faham kenapa pelakon Shah Jaszle tergamak membabitkan diri dalam klip video itu. Nak kata perlukan penghayatan Cik Normah tengok mimik wajahnya seakan-akan tiada perasaan. Atau dia bersetuju sebab nak menjaga hati sahabatnya, Gambit Saifullah selaku pengarah klip video itu?\rApa pun, jika mereka menjadikan klip video itu sebagai strategi untuk mempopularkan lagu itu nampaknya berjaya sebab sudah lebih 12,000 orang melayarinya. Tahniah Cik Normah ucapkan, nampaknya tak perlu dia bersusah payah macam video klip seorang penyanyi yang dengarnya terpaksa bangun seawal jam lima pagi untuk mengejar senario mata hari terbit. Bukan itu saja, bagai nak rak bintang undangan menitiskan air mata menghayati wataknya dalam klip itu.\rSudahnya klip video arahan Gambit juga yang disebut-sebut orang. Tak perlu bersusah payah memikirkan konsep. Kalau nak kata tak tahu, takkan tidak melihat story-board video klip itu. Ah! malaslah Cik Normah nak komen banyak tetapi jika penyanyi antarabangsa Jennifer Lopez melihat klip video itu, pasti dia akan angkat kaki dari pentas hiburan sebab video klip Marilah lagi berani daripada klip On The Floor!
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|