View: 179|Reply: 0
|
Semangat Raihan belum pudar
[Copy link]
|
|
Masih sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk terbitan album terbaruLAGU nasyid kini kurang mendapat tempat atau mungkin semakin dilupakan. Malahan nama kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz yang terkenal ketika zaman kegemilangan lagu dakwah dan kerohanian pada lewat tahun 90-an dulu juga kian suram walaupun lagu mereka masih segar dalam ingatan peminat nasyid sehingga kini.\rSetiap kali lagu 25 Rasul, Bismillah dan Syukur diputarkan di radio, masih kedengaran suara kanak-kanak yang turut sama mengalunkan setiap bait lagu terbabit yang telah menaikkan nama Raihan sehingga mampu bertapak dalam industri hiburan tanah air sehingga kini.\r\n\n\n\n\rNamun, mereka kini seolah-olah dipandang sepi dan kurang diberikan publisiti tetapi itu tidak mematahkan semangat anggota Raihan dalam membawakan lagu bercorak kerohanian untuk segenap generasi bahkan kini menumpu kepada golongan kanak-kanak yang dianggap lebih mudah didekati.\r\r\n\n\n\n\nSelain memberi fokus kepada golongan dewasa menerusi penghasilan 12 album mereka sebelum ini, Raihan juga memberi tumpuan kepada kalangan pendengar kanak-kanak dengan penerbitan dua album berjudul Lagu-Lagu Hafalan dan Mari Mengaji Dengan Che Am dengan matlamat berdakwah bermula dari asas pendidikan.\rMenurut Che Amran Idris, tumpuan kumpulan Raihan kini lebih kepada lagu mendidik pendengar kanak-kanak bermula daripada peringkat asas pembelajaran agama.\r“Album ini lebih menjurus kepada bentuk hiburan kanak-kanak yang bertujuan untuk mendidik golongan terbabit bermula daripada peringkat umur lima tahun ke atas.\r“Ibu bapa harus memiliki album ini kerana selain lagu berbahasa Melayu, kita turut memuatkan lagu Asma Ul Husna dan Sifat 20 bagi kanak-kanak menghayati lagu dalam bahasa Arab,” katanya.\r\n\n\n\n\rAlbum yang memuatkan lapan lagu itu banyak mengajar kanak-kanak tentang perkara asas dalam agama selain lagu-lagu yang sering mereka dengar dalam album Raihan.\rBagi album Mari Mengaji Dengan Che Am pula mendidik kanak-kanak menghayati ayat-ayat lazim yang disampaikan Che Amran sendiri disamping suara kanak-kanak yang turut mengalunkan ayat suci Al-Quran di dalam album terbabit.\rMasih banyak lagi yang akan diterokai Raihan dalam mengembangkan minda kanak-kanak untuk memberi pendedahan agama melalui lagu dan pelbagai pendekatan akan digunakan kumpulan itu untuk mendekatkan diri mereka dengan golongan terbabit.\rWalaupun tumpuan mereka kini lebih menjurus kepada golongan cilik, namun mereka masih menyimpan hasrat untuk menghasilkan album baru kepada golongan dewasa kerana masih ada golongan ini yang meminati lagu-lagu dakwah yang disampaikan mereka.\r“Kami tidak melupakan golongan dewasa kerana masih ada peminat di luar sana yang menantikan album terbaru kami tetapi kini kami lebih memberi tumpuan kepada golongan kanak-kanak kerana mudah dibentuk melalui penyampaian lagu.\r“Kami belum ada perancangan untuk menghasilkan album baru tetapi kalau single itu Insya-Allah kami sedang dalam perancangan,” katanya.\rSibuk dengan projek menghasilkan lagu kanak-kanak tidak menghalang Raihan untuk membuat persembahan pentas atau di majlis korporat, malah sehingga kini masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan.\rMeskipun tidak semeriah dulu, tetapi mereka masih dipandang oleh peminat yang meminati irama lagu yang dibawakan mereka, bahkan sibuk menerima undangan sama ada di dalam atau di luar negara.\rYakin nasyid masih diminati\rTIDAK tertumpu pada persembahan dalam negara saja, Raihan gah dikenali hampir di serata dunia. Raihan kini sedang membuat persiapan mengadakan persembahan di Kazakhstan pada Ogos.\r“Kami akan ke Asia Tengah pada Ramadan nanti atas jemputan pihak di sana untuk mengadakan persembahan sempena sambutan bulan puasa. Kami bukan menyepi cuma kurang publisiti daripada media tetapi kami masih di undangan untuk membuat persembahan di majlis atau acara korporat bahkan ada juga mendapat jemputan dari luar,” katanya.\rMengakui muzik nasyid kini kian sepi dan kurang dimainkan di stesen radio, Che Amran yakin masih terdapat peminat yang menyokong lagu-lagu nasyid di negara ini, malah mereka sendiri masih mempunyai pengikut setia sehingga kini.\rBahkan masih ada peminat yang menanyakan tentang album mereka sehingga kini cuma perhatian terhadap aliran muzik nasyid di negara ini kian dilupakan.\rSetiap muzik di negara ini mempunyai fenomena tersendiri begitu juga muzik nasyid, namun mereka bertekad untuk terus memperjuangkan irama nasyid disamping mengangkat lagu nasyid setaraf dengan lagu bercorak keagamaan yang dibawakan oleh artis luar seperti Maher Zain. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|