CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Malaysia tetap di hati

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Keutamaan tetap diberikan kepada tawaran berlakon di negara sendiriSIAPA sangka, drama bersiri Kahit Isang Saglit atau A Time For Us yang dilakonkan Carmen Soo bersama aktor kacak, Jericho Rosales berjaya meledakkan nama pelakon jelita itu di Filipina.\rSejak itu, Carmen tidak menoleh ke belakang dan terus mengukuhkan kedudukannya di sana.\r\n\n\n\n\rSatu demi satu tawaran berlakon di negara itu diterimanya sehingga ramai yang menyangka dia sudah berhijrah ke Filipina dan tidak berminat meneruskan kerjaya seninya di negara sendiri.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, ketika bertemu Carmen ketika pelancaran filem 3D pertama di Asia Tenggara, The Hunter di Mutiara Damansara, Carmen menafikan dia terlalu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya di Filipina.\r“Memang ada penerbit bertanyakan apakah benar saya lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya di Filipina berbanding Malaysia? Itu tidak benar sama sekali. Walaupun membina karier di sana, namun hati saya masih lagi di sini.\r“Disebabkan itulah apabila ditawarkan berlakon filem The Hunter ini, saya terus menyatakan persetujuan. Lagipun, tawaran itu dari kenalan lama saya iaitu pengarahnya, Bjarne Wong,. Saya menerima tawaran itu juga kerana lokasinya di Malaysia iaitu Sarawak. \r“Jadi ini juga adalah peluang untuk saya pulang ke tanah air selepas lebih sembilan bulan di Filipina,” kata pelakon berusia 33 tahun ini.\r\n\n\n\n\rTambahnya, peluang itu juga akan digunakan sepenuhnya untuk berehat seketika dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan di Malaysia selepas terlalu sibuk dengan penggambaran drama yang lazimnya memakan masa terlalu lama untuk disiapkan.\rDalam usia yang sudah melepasi angka 30, pastinya ramai yang ternanti-nanti, sampai bila pemilik nama penuh Carmen Soo Wai Mun ini mahu terus hidup bersendirian tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi.\rJarang kedengaran dia dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Kali terakhir dia dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Jericho. Bagaimanapun, seperti juga angin, gosip itu lenyap begitu saja.\r“Bukan tidak mahu bercinta tetapi dalam keadaan sekarang, memang agak sukar untuk saya mempunyai teman lelaki. Tidak dinafikan, kebanyakan pelakon lelaki di Filipina yang pernah saya berlakon bersama semuanya kacak dan baik hati. Namun, mustahil saya jatuh cinta dengan mereka kerana situasi saya bukan pemastautin di sana.\r“Takkanlah saya mahu tinggalkan dia keseorangan jika saya terpaksa pulang ke Malaysia. Lagipun jadual penggambaran di sana sangat ketat kerana hari-hari ada penggambaran dan biasanya ia akan mengambil masa agak lama.\r“Bila selesai tugas, badan penat dan memang tidak mempunyai masa untuk bersosial apatah lagi untuk pergi dating. Buat masa ini, fokus utama saya adalah kerjaya dan kalau diberi pilihan antara pergi casting dan dating, saya akan pilih casting,” katanya sambil tertawa kecil. \rSedia lakukan aksi lagak ngeri\rAMAT jarang melihat Carmen membawa watak lasak dalam drama atau filem. Apa yang sering dipaparkan di kaca TV atau layar perak adalah seorang wanita yang sering tampil cantik, bersesuaian dengan rupa bentuk fizikalnya.\rBagaimanapun untuk filem 3D The Hunter nanti, Carmen akan membuktikan bahawa dia adalah pelakon serba boleh dan bukannya seorang pelakon yang sering mahu kelihatan cantik semata-mata.\r“Saya akan membawakan watak seorang pengarah rancangan dokumentari. Sebagai sebuah filem thriller dan membabitkan babak pembunuhan, watak yang saya bawakan cukup lasak tetapi saya sudah bersedia untuk kelihatan comot dan melakonkan aksi ngeri sendiri selagi ia tidak membahayakan,” katanya.\rDalam filem itu nanti, dia bergandingan dengan aktor popular dari Taiwan, Lou Qi. Pertama kali digandingkan dengan aktor tinggi lampai itu, Carmen berkata tidak sukar untuk mereka membentuk keserasian kerana mereka pernah bertemu sewaktu majlis pelancaran filem ini yang diadakan di China, Mac lalu.\r“Memang penting untuk kami mendapatkan keserasian sebelum masuk ke dalam set. Mujurlah kami pernah bertemu dan saya gunakan kesempatan itu untuk mengenali Lou dengan lebih dekat supaya kami selesa apabila penggambaran bermula nanti. Bagaimanapun dalam filem ini tidak membabitkan sebarang percintaan dengan Lou. Jadi mudahlah sikit untuk kami menghayati watak,” katanya.\rSelain Carmen dan Lou, filem ini turut menyaksikan gandingan pelakon dari dalam dan luar negara antaranya Sharifah Amani, Tavani, Soo Wincci, Smyth Wong dan Cindy Chen.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088185 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list