CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

TV3 tinggalkan banyak nostalgia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SEKALIPUN bukan artis, tetapi kehadiran mereka sebagai personaliti televisyen meletakkan mereka antara selebriti ternama, popular dan glamor yang menjadi bualan sehingga hari ini.\rWan Zaleha Radzi, Charmine Augustine dan Datin Seri Normala Samsudin - tiga nama besar dalam dunia penyiaran era 90-an yang membantu menaikkan nama TV3 sebagai stesen TV popular sehingga sekarang. \r\n\n\n\n\rIkon untuk program Majalah 3, Muzik Muzik dan Nona ini memang dikenali dan diminati penonton rancangan utama TV3. Walaupun sudah meninggalkan bidang penyiaran, wajah mereka masih diingati sehingga kini walaupun ketiga-tiganya mempunyai kerjaya masing-masing mahupun sibuk menguruskan rumah tangga.\r\r\n\n\n\n\nMereka mengakui banyak ranjau dan rintangan yang ditempuhi ketika bertugas dalam bidang penyiaran, malahan melihat kepada peningkatan TV3 yang kini berusia 27 tahun mengimbau kembali nostalgia ketika bergelar personaliti TV.\rTumpu penonton luar bandar\rMengakui sukar menaikkan nama TV3 sehingga dikenali kini, Wan Zaleha berasakan pelapis muda dirasakan kerana berada di dalam stesen TV yang semakin kukuh jenamanya. \r“Dulu semua bahan kena cari sendiri termasuk idea untuk program, skrip cara penyampaian sebab dulu menggunakan bahasa baku berbanding sekarang penggunaan bahasa lebih santai dan semua bahan sudah ada dalam internet.\r\n\n\n\n\r“Sedangkan dulu kena banyak buat rujukan dengan membaca surat khabar, buat keratan akhbar, cari bahan dalam bilik simpanan, buat kajian, sebab tugas kita tidak tertumpu kepada baca skrip saja,” katanya. \rMemulakan karier sebagai pembaca berita sekitar tahun 1986 ketika berusia 21 tahun banyak mengajar Wan Zaleha mengenai dunia luar sehingga membawanya untuk mendalami isi alam yang terdapat di negara sendiri.\rBertitik tolak dari situ, bakatnya dikembangkan sebagai pengacara program Majalah 3 yang menaikkan lagi namanya dalam bidang penyiaran sehingga mampu meletakkan program terbabit sebagai program yang paling digemari penonton. \r“Menariknya dulu, apabila saya buat tugasan luar mesti ada wartawan daripada akhbar ikut sama. Sebab itulah bahan yang kita sajikan pasti akan disiarkan di akhbar juga. Keluar masuk hutan dan kawasan pedalaman sudah menjadi kebiasaan dan itulah kerja yang paling menyeronokkan walaupun penat dan sukar,” jelasnya.\rMengenai Majalah 3 hari ini, Wan Zaleha berasakan banyak yang perlu dipertingkatkan bagi menaikkan semula mutu program yang kini dirasakan agak suram. Antara sebab menjadi suram kerana bahan yang disajikan tidak dipaparkan sepenuhnya dengan lebih mendalam.\r“Buatlah sesuatu bahan yang disajikan dengan lebih mendalam dan melihat kepada sisi lain yang orang tak nampak. Baru penonton rasa teruja dan seronok menonton. Jangan tertumpu kepada penonton urban (bandar) sebab penonton di luar bandar lebih banyak menonton Majalah 3 kerana mereka rasa bahan yang dipaparkan lebih dekat,” katanya.\rMuzik Muzik semakin matang\rBagi Charmaine yang namanya sebati dengan Muzik-Muzik, dia berasakan memang ada satu peningkatan dalam mengetengahkan program itu yang kini kelihatan semakin matang. \rMuzik-Muzik menjadi tempatnya mencari rezeki dan ketika itu, pertama kali digandingkan dengan N.D Lala untuk rancangan mingguan.            \r\"Muzik-Muzik membuka lembaran baru dalam hidup saya kerana ke mana saja saya pergi pasti akan menjadi tumpuan dan itu bukanlah yang saya cari sebenarnya. Apa yang saya dan kru penerbitan mahukan adalah memberikan yang terbaik seterusnya menjadikan Muzik Muzik sebagai program sentiasa diikuti penonton,” katanya.\rJika Wan Zaleha bermula sebagai wartawan penyiaran dan berkhidmat di bilik berita, tetapi bagi anak jati Kuala Lumpur ini memulakan kerjaya sebagai penyampai inti sari rancangan pada tahun 1988.\rTuah memang berpihak kepada Charmine apabila menjadi tiga calon terbaik daripada 2,000 calon bagi mengisi tiga kekosongan sebagai pengacara rancangan terbitan TV3 ketika itu yang menaikkan namanya dalam Muzik-Muzik.\r\"Muzik-Muzik kini menjadi rancangan hiburan terus diminati ramai dan peminatnya bukan saja di bandar, malah turut menarik tumpuan di luar bandar. Bahkan kini dengan formatnya yang lebih santai dan muda menampakkan kematangan Muzik-Muzik,” katanya.\rMalah, Muzik-Muzik dilihat sebagai satu platform terbaik untuk mengenengahkan bakat baru ketika itu sekali gus mampu meletakkan nama mereka di puncak. \"Jadi, saya berpeluang melihat kegemilangan industri muzik ketika itu dan sehingga kini, impak Muzik-Muzik dalam hidup saya sememangnya cukup besar,\" jelasnya.\rKena cungkil ikon sendiri\rNormala boleh disifatkan antara personaliti di TV3 yang agak sensasi yang sering menjadi tumpuan media. Bahkan, Normala juga personaliti yang sering dipalit kontroversi dengan pelbagai cerita gosip dan peribadi. \rBagaimanapun, Normala nama yang dikenali selepas menjuarai Pengacara Jemputan Nona (PJN) pertama pada tahun 1992 membantu meletakkan program Nona dalam kedudukan yang tersendiri. Bahkan, kontroversi dan sensasi mengenai Normala itu sendiri turut membantu meningkatkan lagi populariti Nona. \rUsia 30 tahun ketika itu tidak menghalangnya untuk menggapai impian sebagai pengacara dan dari situ beliau mengatur langkah dan tekun mempelajari selok belok dunia penyiaran yang perlu diterokainya.\r“Ketika menyertai PJN, umur saya agak lewat dan ketika itu mengandung anak kedua tetapi tak sangka terpilih sebagai juara pertama. Selepas itu, saya diserap ke bilik berita, jadi pengacara rancangan Seulas Pinang, Warna-warna Malaysia dan sebelum ke program Nona.\r“Cabaran bagi saya apabila kena bercakap Bahasa Inggeris sebab saya tak fasih tetapi selepas belajar di Akademi TV3 saya pelahan-lahan menguasai bahasa itu sehingga kini,” katanya.\rWalaupun usianya agak lewat tetapi memiliki bakat dan paras menawan meletakkan Normala sebagai tunjang penting dalam Nona. Banyak pengalaman diterokainya sehingga membawanya menjelajah ke pelusuk negara bagi memaparkan bahan menarik buat tontonan penonton.\rKatanya, kalau dulu Nona dapat mencungkil bakatnya tersendiri sebagai pengacara tetapi hari ini kesinambungan itu seolah-olah tidak dapat diteruskan sehingga memaksa menggunakan populariti artis sebagai artis. Ini membuatkan tiada lagi ikon baru dilahirkan untuk Nona.\rApa aktiviti sekarang?\rWan Zaleha  - Pada 46 tahun, Wan Zaleha atau Wan kini memberi tumpuan kepada bidang perniagaan yang diuruskan bersama suaminya, Peter Imran Winton Abdullah dalam bidang sukan berkuda.\rIbu kepada Imad Imran, 5, ini meminati sukan ekuastrian sehingga menubuhkan Asianpromote Ventures Sdn Bhd sejak 2000 dan pernah mengendalikan pelbagai program sukan berkuda seperti Show Jumping Asia Pacific 2002 dan KL Grand Prix 2007.\r“Selain sukan berkuda, kami mengendalikan pelbagai program lain seperti pengurusan acara, pelancaran produk, pameran, karnival dan macam-macam lagi tapi program utama kita pada ekuastrian.\r“Alhamdulilah permintaan terhadap syarikat kami amat membanggakan dan tujuan kita untuk meletakkan nama Malaysia sebagai penganjur sukan berkuda paling berprestij,” katanya.\rSibuk menguruskan perniagaan tidak pernah menghalangnya menguruskan anak tunggalnya itu, bahkan meluangkan banyak masa bersama anak di pejabat yang tidak pernah menjadi halangan kepadanya sebagai seorang ibu.\r“Kalau dulu sukar nak bawa anak datang pejabat sebab kita kerja makan gaji tetapi kini tak jadi masalah. Pagi hantar dia ke sekolah, tengah hari saya ambil dan bawa dia sekali ke pejabat. Sambil uruskan hal syarikat, saya dapat dekatkan diri dengan anak,” katanya.\rCharmine Augustine - Walaupun masih hidup bersendiri, Charmaine berasakan dirinya semakin bahagia dan sibuk menguruskan syarikat memasarkan makanan kering yang diimport untuk pasaran tempatan.\r“Syarikat saya mengimport makanan kering macam kurma, gula-gula dan coklat dari luar untuk dipasarkan di sini. Sudah empat tahun mengendalikan syarikat ini dan banyak permintaan yang diterima terutama ketika Ramadan memang agak sibuk,” katanya.\rWanita yang berkelulusan dalam bidang perfileman dari Amerika Syarikat dan Paris ini mengimpikan untuk mempunyai syarikat produksi sendiri dalam memasarkan produk dokumentari.\rPengalaman ketika bertugas dengan syarikat korporat, MSC yang membawa masuk produksi filem Anna and The King ke Malaysia suatu ketika dulu membuka matanya untuk mempunyai sebuah syarikat produksi sendiri.\rNamun di usianya 43 tahun bukanlah menjadi satu halangan buat dirinya dalam memulakan syarikat produksi itu jika ada kemahuan tetapi masih mempunyai banyak perancangan dalam kariernya kini. \rNormala - Normala, 49, lebih memberi tumpuan menguruskan hal rumah tangga termasuk tiga anaknya yang kini sudah meningkat dewasa.\rIsteri kepada Datuk Seri Azmi Khalid ini sering menemani suaminya ke kampung halaman di Perlis. \r“Saya bahagia sekarang dengan anak-anak yang semakin membesar dan mula berdikari serta adanya suami di sini. Alhamdulilah hidup saya cukup bahagia dan selepas berhenti dari TV3, saya banyak beri tumpuan kepada keluarga,” katanya.\rMeminati aktiviti hiking dan mendekatkan diri dengan alam membuatkan dirinya tenang tatkala ketiadaan suami bagi menghilangkan rasa jemu atau bosan di rumah.\r“Sejak mengendalikan Nona saya banyak buat aktiviti outdoor, jadi lepas tak jadi pengacara aktiviti itu lekat sehingga kini dan menjadi hobi. Kalau tak bersama suami mungkin saya seorang diri atau bersama anak-anak kerana dengan aktiviti begini kita dapat menenangkan jiwa selain menghilangkan rasa sunyi apabila ketiadaan suami di rumah,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.043892 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list