CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: EchoTin

Nak minta Pendapat - Dituduh ada Saka :(

[Copy link]
 Author| Post time 30-6-2011 05:34 PM | Show all posts
Reply 15# semalu969


    saya ada terbaca pasal ayat rukyah kat sini, then saya dengar hari2 ayat  rukyah tu tak ada apa2 berlaku. macam biasa je.
saya pernah baca kalu ada gangguan akan rasa mengantuk sangat. saya sampai dah blh ikut sekali masa baca ayat rukyah tu. cuma yang belum saya cuba satu ayat 70 dari surah isra' .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 05:40 PM | Show all posts
hmm... menarik kisah TT ni...

aku pun orang kata ada saka... tapi aku x kena ganggu. borak dengan member, member kata jin asyik... ntah la

sampai skang aku x pi berubat pun, orang ajak pi...aku berat hati sebab aku sendiri x yakin dengan orang2 yg nak 'ubat' aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 05:50 PM | Show all posts
Reply 21# EchoTin


    lupa nk bagitau yang menguatkan kepercayaan saya pada kata2 perawat kedua iaitu jiran mertua saya adalah dia langsung tak nak apa2 bayaran semasa merawat saya. dia cakap dia bantu dgn ikhlas tanpa harapkan apa2 balasan.  tu yang musykil apa motif dia cakap saya ada saka, jika dia tak dapat apa2 keuntungan pun. sebab tu yang saya jadi percaya yang mmg ada saka nk kacau saya. padahal saya tak pernah mengalami apa2 yang mistik, kecuali kesan lebam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 05:57 PM | Show all posts
Reply 22# nazurah


    ahaa sama la kita.. tak ada apa2 gangguan .. hidup aman damai... ceria dan gembira tetiba org cakap ada saka. memula masa Org tu cakap ada saka mmg la terasa sedeh sgt. lepas tu malas nak fikir sangat.. tp kekadang tu bila balik kg terjumpa dgn jiran tu rasa tak berapa seronok... nnt jiran tu cakap nampak org tua la.. apa la... cuma skrg ni nak kepastian pada org yang lebih arif dan pndpt2 kawan2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 06:02 PM | Show all posts
Reply  EchoTin


    lupa nk bagitau yang menguatkan kepercayaan saya pada kata2 perawat kedua i ...
EchoTin Post at 30-6-2011 17:50



    Teknik pemasaran. Macam Yun Nam, aku rawat free, tpi ubat2 itu yang mahal. Yang jiran awak ni bedaah. Untuk buang jin dari badan, takde perlu minta izin makhluk. Cuma perlu mohon dari Allah untuk membantunya berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 07:08 PM | Show all posts
SAKA

Saka tu apebendanye? Hantu ke? Siapa yang ada saka? Adakah pengamal perubatan tradisional je yang ada saka? Atau engkau orang pun ada saka? Macamana ia boleh ada? Apa bukti zahir ia ada? Duduknya kat mana? Mengacau ke? Inilah soalan yang selalu ditanya jika isu ini ditimbulkan.

Maaf le kalau saya kata dari 100 orang melayu, lebih 96 orang ada saka! Ha terkejut? Atau kata saya bohong? Terserah pada diri engkau orang menilai sendiri. Sebab nak ditunjuk tak nampak! Tapi kalau bersendirian dirumah tu macam rasa ada orang lain je, ada saka le tu. kena lebam dikaki, tangan, betis, peha, badan terutama pada ahli keluarga perempuan? Tu tandanya saka tu hisap darah mereka! Tak caye? lantakle.. Pernah kena tindih ketika tidur dirumah sendiri? Tu pun kerja dia juga le. Ingat saka tu ada kat orang yang jadi bomoh dan nak mati susah je ke? Kalau kamu kata ye, jawabnya salah!

Kalau tuk-tuk kita dulu tak jadi bomoh pun tapi ada simpan keris ke, minyak dagu ke, cincin berbatu tertentu yang diguna sebagai pelaris dll, ada tangkal, azimat, wafak jumpa bomoh pagar rumah dan kebun, ada ilmu seri muka, pakai susuk, ada ilmu silat, ada ilmu penunduk dan sebagainya, semua tu guna makhluk jin le tu, dah tu kalau dia mati jin tu akan terus ikut anak cucu sampai kiamat le. Ingat saka tu sekor je ke? dah kata tadi jin tu membiak banyak dan cepat, jadi kalau kita dah jadi waris atau keturunan ketiga ke atau seterusnya, setiap adik beradik akan ada saka, bagitu juga dengan sepupu sepapat semua ade! Sebab tu banyak pesakit misteri yang tak dapat diobat oleh perobatan moden amat sukar sembuhnya jika yang jadi punca ialah sakanya sendiri sebab banyak sangat! Lagi le kamu tak percaya, lantak le.

Apa ciri-ciri sesaorang tersebut ada saka? Diantaranya ialah kerap mengalami kesakitan dibadan atau bahagian tertentu dan bila dirujuk diperobatan moden semuanya ok. Selalu mendapat kesan lebam dibahagian anggota tertentu ketika tidur terutama ahli keluarga perempuan, kena tindih ketika tidur, ada ahli keluarga mengalami masaalah kemurungan berpanjangan dan tak boleh mengawal emosi, selalu pengsan tanpa sebab, ada ahli keluarga yang melibatkan dadah dll yang secara logiknya dah berubat berkali-kali tapi masih sakit atau kalau penagih tu, dah banyak kali kepusat serenti pun, masih buat lagi. Itu antara tanda nya anda ada saka! Ha ha ha….baru kene beb…..Macamana nak buang saka? Boleh ke?

Kalau penyakit yang disebabkan saka, nak ubatnya sangatlah susah lagi kalau tak tau atau separuh tau. Yang ada Cuma tangkap masuk dalam botol kemudian buang ke laut. Kalau saka tu sekor boleh le tapi kalau dah banyak macam semut tu kenalah hapuskan macam kita bunuh semut, tak leh tangkap satu-satu, kena sekaligus dan semua sekali terutama dirumah ibubapa dan adik beradik. Sepupu sepapat pun kena clearkan juga rumahnya! Jadi sebab tu saka tak habis-habih! Macam penagih tu, mereka tak akan pulih sepenuhnya sekiranya tak dihapuskan sakanya, jadi kalau nak pulihkan mereka, kena cari tukang ubat anti dadah yang boleh buang saka sekali, baru jadi! sebab yang ganggu fikiran mereka supaya sentiasa runsing ialah saka yang dah mastautin dihatinya. Laa gitu agaknya ceritanya….Abih, sapa boleh buang saka? Pakai apa? Tu nantilah…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2011 08:25 AM | Show all posts
Reply 26# hantukiller


    hantukiller nk minta tolong, boleh tak scan saya? saya pernah kena tindih sekali masa belajar dulu2 kat asrama lps tu dah tak pernah kena dah. lebam yang pernah saya kena disbbkan terlanggar benda2 seperti meja, pintu etc.. tapi dlm 3 minggu lepas masa saya balik rumah mertua saya pernah la saya terkena lebam yang menakutkan kat tangan. lebam tu mmg confirm saya tak terlanggar apa2.  mmg seram tgk lebam tu. saya langsung tak alami or mimpi menakutkan alih2 ada lebam.saya ada tanya jiran mertua saya pasai lebam tu, sy kata ni dtg sini tetiba ada lebam takkan keja saka  tu juga? jiran saya kata mmg keja dia.. dia cakap sbnrnya lebam tu sy dah kena lama tp baru nmpk kesan kat kulit tu maksudnya lebam tu kena masa saya kat rumah or office .alhamdulillah lps tu sampai skrg dah tak ada lebam dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 09:37 AM | Show all posts
Reply 20# edy137


    niyang seram nihhh{:1_126:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 10:44 AM | Show all posts
SAKA akan bakal menjadi harta PUSAKA ...walaupun sebatang jarum.
Satu kawan dah 12 tahun sakit sihat sakit sihat
Lebih dari 2 (ramai/banyak) perawat yg membawa gelaran ustaz2, Tok2  sahkan dia ada unsur2 kena sihir dan santau.
Pernah sekali, masa berubat dengan seorang Ostaz tu sebelum dia meninggal, dia diberi sebatang jarum yang diisikan dengan "penjaga" tapi Tok tu dah pesan dan buat declaration kalau kawan aku tu meninggal, penjaga tu akan balik semula kepadanya.
Aku pun tak tahu lah 'penjaga' tu dah balik ke ostaz tu atau masih duduk dalam jarum tu menjadi saka keturunan kawan aku tu.
Moga2 Allah ampunkan kesalahan dan dosa2 aku dan arwah kawan aku tu...amin
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 26# hantukiller


   kalau rasa macam ada "WAJIB' buang atau ...nak ignore je? sbb kita tak pakai pun dia.. cuma kadang2 mmg terasa ada kehadiran.. biasanye bila terasa ada, kita baca doa2 tu 'dia' blah... pernah jugak 'dia' datang...kita baca doa, 'dia' blah, stop baca doa , 'dia' datang balik.. beberapa kali macam tu... kite pun baca doa smpai tertidur la...

Sekarang ...buat tak tau je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:08 PM | Show all posts
susah kalu orang percayakan bomoh2 ni.. mintak bantuan dr Allah agar dijauhkan benda2 yg tak elok  ni kan..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.096199 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list