View: 216|Reply: 0
|
Sidang kemuncak BIO di Malaysia
[Copy link]
|
|
SIDANG Kemuncak Lingkaran Pasifik mengenai Industri Bioteknologi dan Biotenaga akan diadakan di Kuala Lumpur November ini, pertama kali dianjurkan di luar Amerika Syarikat (AS).\rTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika berucap mempelawa peserta dan pempamer menyertainya, berkata sidang Kemuncak Pasifik Keenam, yang dianjurkan Biotechnology Industry Organisation (BIO) yang berpusat di AS diadakan sempena BioMalaysia 2011 dari 21 hingga 23 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r Katanya, kedua-dua acara besar itu memberi peluang kepada peserta dan profesional industri di Malaysia, Asia serta Amerika berkongsi kepakaran dan pandangan mengenai perkembangan terkini dalam bidang bioteknologi serta perbincangan lebih mendalam dan kerjasama serantau dan dunia.\r\r\n\n\n\n\n Muhyiddin berkata, ketika BioMalaysia 2011 menumpukan kepada pertanian dan penjagaan kesihatan dalam bidang seperti teknologi makanan ternakan, pembangunan modal insan, pengkomersialan, pembiayaan akses pasaran dan model perniagaan baru, Sidang Kemuncak itu pula tertumpu kepada industri bioteknologi dan biotenaga di seluruh Asia dan negara membangun.\rBioMalaysia mendapat pengiktirafan sebagai acara bioteknologi terbesar di Asia dan melakar nama sebagai tempat pertemuan utama bagi kalangan profesional industri di rantau ini.\rMuhyiddin berkata, tahun ini adalah permulaan kepada fasa pengkomersialan pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara, iaitu berubah daripada kajian di makmal kepada memasarkannya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|