CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 1

Saham Oldtown melonjak

[Copy link]
Post time 14-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
51.75 juta saham  bernilai RM69.41 juta didagang semalam\rOLDTOWN Bhd, pengeluar produk minuman segera dan pengendali rangkaian kafe OldTown White Coffee yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia semalam, melonjak sehingga 12 peratus atau 15 sen kepada RM1.40 sesaham berbanding harga rujukannya RM1.25 seunit.\r\n\n\n\n\rHarga saham syarikat itu dibuka pada RM1.38 sesaham, naik 13 sen sebelum melonjak ke paras tertinggi hariannya RM1.40 sesaham sejurus selepas itu. \r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun aktiviti pengambilan untung yang muncul kemudian menyebabkan harga kaunter berkenaan ditutup pada RM1.32 seunit, naik 5.6 peratus atau tujuh sen berbanding harga rujukan.\rSecara keseluruhannya purata harga pasaran OldTown sepanjang dagangan semalam adalah RM1.34 sesaham dengan 51.75 juta saham didagangkan, bernilai RM69.41 juta.\rPengerusinya, Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, berkata pihaknya berpuas hati dengan prestasi harga saham kumpulan itu yang mencatat premium meskipun dalam persekitaran pasaran global yang tidak menentu.\r“Ia membuktikan kami memiliki jenama tempatan kukuh,” katanya  selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rKatanya, kumpulan itu kini bercadang untuk terus mengembangkan operasinya dengan memanfaatkan jenamanya, rangkaian pengedarannya yang menyeluruh serta model perniagaan sebagai pengeluar minuman kopi bersepadu.\r“Serentak penyenaraian itu, kami membuka tiga premis baru, masing-masing di Sungai Buloh, Selangor dan Jalan Pahang, Kuala Lumpur serta Miri, Sarawak.\r“Kami akan membuka dua lagi kafe iaitu di I-City dan Bandar Sri Permaisuri di Lembah Klang menjelang akhir bulan ini,” katanya. \rAhmed berkata, syarikat itu merancang membuka 300 kafe dalam tempoh tiga tahun berbanding 182 yang sedia ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura.\rPengendali rangkaian kopitiam dan pengeluar minuman segera campuran itu mengumpul RM79.2 juta menerusi pelaksanaan tawaran awam permulaan sempena penyenaraiannya itu.\rDaripada jumlah itu, sebanyak RM38.1 juta akan disalurkan untuk perbelanjaan modal, termasuk membiayai kilang baru, pembukaan 27 kafe baru serta membeli mesin dan peralatan.\rSementara itu, RM19.7 juta akan digunakan untuk mengambil alih syarikat; RM10.5 juta untuk modal kerja; RM5.9 juta membayar balik pinjaman dan RM5 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.\rIPO itu membabitkan 63.4 juta saham biasa baharu dan penawaran untuk menjual  33 juta saham vendor.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 10:33 AM | Show all posts
Tahniah larr OTWC..tpi pasni aku rsa mcm xnak dah pg mkn kat situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041957 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list