|
Gosip lahir anak hasil hubungan dengan Ahmad DhaniHINGGA saat ini, Mulan Jameela terus bungkam dan enggan memberi jawapan pasti mengenai gosip yang berhembus apabila diberitakan melahirkan anak hasil hubungan dengan Ahmad Dhani, Februari lalu. Penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi itu tegar mempertahankan pendiriannya untuk tidak berkongsi hal peribadi.\n\n\n\n Malah pemilik nama lengkap, Raden Terry Tantri Wulansari itu sering mempamerkan raut wajah kurang selesa apabila ditanya mengenai kelahiran anak ketiganya itu.\n\n\n\n\n “Saya tidak perlu memberi pengesahan, sama ada iya atau sebaliknya. Saya faham bagaimana berita tersebar. Media mempunyai alasan kenapa ada berita seperti itu. “Pemberitaan seperti itu adalah sebahagian daripada lumrah pekerjaan saya. Saya tidak perlu memberi pengesahan,” kata wanita kelahiran Garut, Jawa Barat itu yang masih membiarkan hal yang terus diperkatakan menjadi tanda tanya.Lantaran tindakan Mulan, 31, yang terus mengunci rapat mulutnya, bertiup pula cerita Mulan berpura-pura hamil untuk mempromosikan album terbarunya, 99.Ini berikutan kemunculan pertama bekas duo Ratu itu pada Mei lalu selepas empat bulan menyepikan diri, tidak kelihatan seperti wanita yang baru selesai berpantang. Tidak kurang yang membuat kesimpulan, gosip itu sengaja dicetuskan oleh pengurusannya, Republik Cinta Management untuk menghangatkan semula kemunculannya.\n\n\n\n“Saya jalani semuanya dengan ikhlas. Hidup itu sendiri tidak sentiasa bahagia, ada ketika saya juga harus berdepan pelbagai hal yang kurang enak. Saya telan saja setiap berita dan masalah tanpa membiarkannya menjadi beban kepada diri. Saya tidak perlu takut atau mengelak kerana lumrah pekerjaan ini yang menuntut saya sentiasa berdepan pihak media,” katanya.Mulan yang turut dilaporkan sudah bernikah secara rahsia dengan Ahmad Dhani, akur jika gosip itu terus menular kerana sebelum ini dia mengambil keputusan untuk menyepikan diri seketika daripada muncul di layar kaca.Bagi Mulan, dia berbuat demikian bukan kerana ingin melarikan diri tetapi atas permintaan pengurusannya yang mahukannya memberi fokus penuh apabila album terbarunya dilancarkan.“Label merancang untuk mengedarkan dua album serentak iaitu 99 Volume 1 dan 99 Volume 2. Ia bukan projek kecil, malah menuntut perhatian dan fokus tinggi.“Atas sebab itu, saya cuma mengikut strategi label. Terpulang apa saja persepsi orang ramai, saya enggan mengambil pusing semua itu,” katanya.Meskipun kerap diterpa pelbagai isu kontroversi, Mulan terus menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu kepada dua anak hasil perkahwinan pertamanya, Tyarani Savitri dan Muhammad Rafly Aziz. Pelbagai khabar yang bertiup dan memberikan citra negatif kepada dirinya, fokus Mulan tidak sesekali berubah untuk mendidik anaknya menjadi manusia berguna.“Siapa pun saya, sama ada bergelar suri rumah atau mempunyai kerjaya tetap saya tidak akan sesekali membelakangi keperluan keluarga.Bukan kerana menetap di Jakarta membentuk saya menjadi ibu yang lebih tegas kerana di mana-mana pun saya sama saja. Anak harus dididik dengan disiplin jika mahu selamat,” katanya.Mulan mengakui, dia menerapkan disiplin yang tinggi kepada dua anaknya yang sedang membesar. Biarpun begitu, hubungan Mulan dan anaknya tetap akrab dan tidak kaku.“Hubungan saya dan anak seperti teman. Anak sulung saya sudah berusia 11 tahun, jadi banyak yang harus dititikberatkan. Zaman sudah berubah, mahu atau tidak saya harus menyesuaikan diri untuk berusaha menjadi ibu yang mendidik anak mengikut peredaran masa,” katanya.Di sebalik kesibukannya, Mulan sering akan mencuri masa ke dapur untuk memasak makanan kegemaran anaknya. Menyajikan air tangan sendiri kata Mulan, memberi kebahagiaan yang sukar diungkap dengan perkataan.“Sejak dulu lagi saya sering memasak untuk anak. Mereka juga gemar menikmati makanan, jadi apa saja permintaan anak-anak akan saya cuba lunaskan,” katanya.Cerita itu rekaan: Ahmad DhaniKENYATAAN bekas suami Mulan, Harry Nugraha mengenai kelahiran bayi perempuan seperti yang dilaporkan sebuah tabloid memaksa Dhani untuk bersuara.Baginya, apa yang dilaporkan itu adalah satu pembohongan kerana Harry mengakui, laporan itu jauh tersasar daripada wawancara yang dilakukan.“Ia tidak benar. Harry sendiri memberitahu saya dia tidak pernah diwawancara mengenai perkara itu. Semuanya adalah rekaan pengarang media berkenaan,” kata Dhani mengulas laporan yang diputarbelitkan itu.Harry yang kecewa dengan apa yang berlaku berhasrat untuk melaporkan perkara itu kepada Dewan Pers (Persatuan Wartawan), malah Dhani sendiri bersedia menjadi orang tengah dalam usaha mencari titik penyelesaian.Dhani turut menjelaskan, dia bersimpati dengan Harry yang terpaksa menanggung beban gara-gara laporan tidak bertanggungjawab itu.“Saya sudah biasa, cuma Harry sedikit terkilan kerana namanya dikaitkan dengan kenyataan yang tidak pernah keluar dari dirinya.Saya tidak rugi apa-apa kerana bayi itu dikatakan cantik. Kalau bayi itu sebaliknya, mungkin saya berasa rugi,” kata Dhani yang apabila ditanya mengenai kesahihan berita kelahiran itu pantas menjawab: “Oh! Itu rahsia”.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|