CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Polyplastics labur RM600j lagi di Gebeng

[Copy link]
Post time 16-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat kejuruteraan plastik   terbesar dunia sasar kapisiti 123,000 tan setahun pada  2014\rMALAYSIA terus menjadi lubuk perniagaan bagi syarikat asing berikutan keyakinan mereka terhadap persekitaran negara ini yang sentiasa menyediakan peluang untuk menjana keuntungan.\r\n\n\n\n\rTerbaru, Polyplastics Co Ltd dari Jepun iaitu syarikat kejuruteraan plastik terbesar dunia, mengumumkan penambahan pelaburan AS$200 juta (RM600 juta) untuk mengembangkan kilang pengeluaran polyacetal polimer (POM) miliknya di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.\r\r\n\n\n\n\nKumpulan itu melabur kira-kira RM600 juta bagi membina loji itu 11 tahun lalu. Polyplastics Co turut mempunyai tiga kilang pengeluaran POM iaitu di Fuji, Jepun; di Kaohsiung, Taiwan dan di Nantong, China.\rBerikutan pelaburan tambahan berkenaan, kilang Polyplastics Co di Kuantan itu yang kini mempunyai keupayaan mengeluarkan 30,000 tan POM setahun akan ditingkatkan kapasitinya kepada 123,000 tan setahun menjelang 2014, sekali gus menjadikan Polyplastics Co sebagai pengeluar POM terbesar di dunia.\rSumber dalaman syarikat itu berkata, kerja pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi dan ia dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober 2013.\r“Operasi pengeluaran pula bermula seawal 2014. Menerusinya ia akan menjadikan kumpulan pengeluar POM terbesar di dunia,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\n\rProduk polyplastics kebanyakannya digunakan sebagai bahan asas dalam beberapa industri termasuk pengeluaran barangan elektrik, elektronik, komponen kereta dan peralatan rumah dan pejabat.\rSumber itu berkata, sejajar pengembangan kapasiti loji itu, firma yang berpangkalan di Minato-ku, Tokyo itu, akan memperkenalkan teknologi polymerization asli yang  membantu menjimatkan lagi paras penggunaan tenaga di loji itu.\r“Menerusi teknologi itu, ia akan membantu Polyplastics Co mencapai penjimatan kos yang paling menakjubkan selain berupaya membantu kumpulan mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya sambil menambah teknologi polymerization itu diasaskan daripada bahan mentah metanol.\rSementara itu, Presiden Polyplastics Co, Noboru Goto menerusi satu kenyataan di Tokyo berkata, peningkatan skala pengeluaran loji POM di Malaysia itu penting bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam industri berasaskan plastik di pasaran global.\r“Penambahan pelaburan di Malaysia ini akan menjadi rekod pelaburan kumpulan. Ia dibuat bagi memenuhi permintaan dunia untuk POM yang dianggarkan mencecah 900,000 tan setahun, dengan lebih 50 peratus adalah dari pasaran Asia.\r“Permintaan untuk POM di Asia dijangka berkembang kira-kira empat hingga lapan peratus setahun sejajar pertumbuhan ekonomi China dan negara rantau Asia Tenggara lain.\r“Tambahan pula, dijangkakan pasaran India akan tumbuh mendadak dalam tempoh terdekat ini. Bersandarkan faktor berkenaan, Polyplastics Co menjangkakan pasaran POM di Asia akan tumbuh dengan ketara sekali,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045656 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list