CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Bursa Mingguan: Ekonomi serantau jejas pasaran

[Copy link]
Post time 18-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
FBM KLCI bakal berdepan aktiviti pengambilan keuntungan minggu ini\rPETUNJUK negatif ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China minggu lalu serta penurunan taraf penarafan kredit dan ketidakpastian terhadap AS dan Eropah susulan isu hutang kerajaan, menjejaskan sentimen pasaran.\r\n\n\n\n\r  Perkara itu juga menjejaskan pasaran tempatan yang  menyaksikan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami fasa pembetulan untuk menguji semula paras sokongannya. \r\r\n\n\n\n\n  Berbanding minggu sebelumnya, FBM KLCI merosot 17,49 mata, atau 1.1 peratus kepada 1,577.25 dengan kerugian dialami beberapa saham berwajaran tinggi seperti saham Genting Bhd (-38 sen), CIMB (-17 sen), AMMB (-31 sen) dan Maybank (-12 sen), menyumbang hampir 60 peratus daripada kejatuhan indeks. \rPurata dagangan harian dan nilai, masing-masing berkurangan dengan ketara kepada 759.8 juta saham dan RM1.44 bilion berbanding dengan 931.3 juta saham dan purata RM1.73 bilion minggu sebelumnya.\rMinggu lalu, cadangan penggabungan Sapura Crest Petroleum dan Kencana Petroleum menggemparkan pasaran. \rEntiti baru terbesar itu akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat tawaran bagi kontrak yang lebih besar dan lebih kompleks, terutama di luar negara.\r\n\n\n\n\rCadangan penggabungan itu juga tidak mewujudkan kebimbangan kerana sebagai sebuah entiti yang digabungkan, ia akan memiliki kedudukan hutang bersih RM1.6 bilion daripada kedudukan tunai bersih RM200 juta sebelum penggabungan.\rBagaimanapun, harga saham semasa SapuraCrest dan Kencana tidak mencerminkan kesan potensi penggabungan apabila pelabur masih bimbang mengenai prospek kemajuan penggabungan itu selepas kegagalan penggabungan membabitkan IJM Land dan MRCB, selain yang terkini membabitkan cadangan pengambilalihan RHB Capital yang dibatalkan.\rBersandarkan situasi itu, harga saham SapuraCrest dan Kencana dijangka akan diberi penarafan semula sekiranya wujudnya perkembangan positif membabitkan aktiviti penggabungan kedua-dua syarikat itu pada masa depan.\rIndustri secara keseluruhannya harus bergerak ke arah  sama yang boleh mencetuskan lebih banyak prospek spekulasi mengenai penggabungan dan pengambilalihan dalam industri penyedia perkhidmatan fabrikasi marin tempatan marin lain.\rBagi FBM KLCI, ia dijangka meneruskan aliran pembetulan semasanya sebelum mencapai pemulihan teknikal lewat minggu ini. \rPenanda aras kadar inflasi, indeks harga pengguna (CPI)  bagi Jun yang akan dikeluarkan Rabu ini dijangka menunjukkan kenaikan tekanan terhadap inflasi selepas kenaikan tarif elektrik bulan lalu.\rPenyenaraian Bumi Armada turut akan dipantau dengan teliti kerana ia dinilaikan pada harga yang sedikit mahal berbanding syarikat seangkatannya di pasaran global lain. \rJusteru, harga saham syarikat itu dijangka didagangkan antara RM3.10 dan RM3.40 sesaham pada hari pertama penyenaraian. \rDari aspek faktor luaran, data perumahan AS juga boleh mempengaruhi arah pasaran.\rKesimpulannya, dengan aliran petunjuk yang semakin lemah mencadangkan FBM KLCI bakal berdepan dengan aktiviti pengambilan keuntungan minggu ini.\rJusteru, pelabur boleh menjangkakan kekurangan aktiviti dagangan akan berlanjutan untuk tempoh seminggu lagi.\rKekurangan petunjuk positif dalam pasaran tempatan serta kebimbangan pasaran global terhadap keadaan hutang AS dan Eropah mungkin akan terus melembapkan prestasi pasaran. \rDijangkakan saham perbankan seperti AMMB, CIMB dan Maybank, dan Gamuda serta Genting Bhd akan meneruskan pembetulan pengambilan untung sehingga keadaan teknikal terlebih jualan, sebelum pembeli boleh tawar-menawar untuk meraih keuntungan.\rParas rintangan serta merta bagi KLCI kekal pada paras 1,576 mata, manakala paras sokongan pada 1,597 dengan ketahanan selanjutnya pada 1,601 mata.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.139783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list