CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

Arab Saudi haram penggunaan iPhone

[Copy link]
Post time 18-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peralatan ditegah dibawa ke kawasan  keselamatan\rRIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan perintah mengharamkan penggunaan alat iPhone dan Galaxy Tab, sejenis komputer tangan di semua agensi keselamatan.\r\n\n\n\n\r  Larangan yang berkuat kuasa kelmarin sudah dilaksanakan kerana peralatan ini mudah digunakan untuk menggodam dan digunakan untuk pelanggaran keselamatan, lapor akhbar harian berbahasa Arab, lapor Assharq Alawsat yang dipetik akhbar Saudi Gazette.\r\r\n\n\n\n\n  Atas sebab itu, dua peralatan itu disifatkan oleh pakar keselamatan sebagai mengancam rahsia peribadi termasuk terhadap pertubuhan keselamatan.\rOleh itu, sesiapa yang mahu melawat agensi keselamatan Arab Saudi tidak boleh membawa masuk peralatan itu jika mahu mengunjungi kawasan terbabit.\r“Setiap pertubuhan patut memiliki kriteria sendiri untuk menetapkan peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa serta mestilah sejajar dengan keperluan keselamatannya,” kata sumber yang memiliki kepakaran dalam teknologi maklumat (IT).\rSumber itu juga menambah, pertubuhan keselamatan perlu memutuskan risiko alat seperti itu kepada keselamatan mereka.\r\n\n\n\n\rArab Saudi bukanlah negara pertama yang mengharamkan penggunaan peralatan itu di dalam bangunan keselamatan kerana Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah melakukan perkara sama termasuk larangan peralatan mudah alih seperti kad menyimpan data.\rPeralatan perkhidmatan iPhone dilancarkan di Arab Saudi pada Februari 2009. Ciri-ciri terbaru yang kreatif menggunakan teknik pelbagai jenis video di mana dwi kamera boleh secara automatik boleh merakam penemuduga dan pihak yang diwawancara secara langsung.\rAlat iPhone terbaru mempunyai sekurang-kurang dua kamera menghala arah bertentangan, masing-masing mampu menerima aliran video secara serentak. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.050410 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list