CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Konflik kuil purba berakhir

[Copy link]
Post time 19-7-2011 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah tertinggi  PBB arah Thailand, Kemboja berunding\rTHE HAGUE: Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam mengarahkan Thailand dan Kemboja supaya mengundurkan tentera mereka dari satu zon yang diisytiharkan sebagai sebagai kawasan larangan di tapak kuil purba Preah Vihear dan kembali semula ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik berdekad lamanya.\r\n\n\n\n\rPuluhan ribu penduduk kampung di kedua-dua tapak dipindahkan semula, manakala 18 orang terkorban dalam pertempuran antara Kemboja dan Thailand sejak Februari lalu, apabila ketegangan memuncak kembali dalam perebutan kuil Hindu lama itu.\r\r\n\n\n\n\nMahkamah membuat keputusan mewartakan semula zon larangan tentera dengan 11 undian berbalas lima serta bersetuju bahawa keadaan di kawasan itu ‘kekal tidak stabil’ dan ‘mungkin lebih buruk’, selain menggesa Thailand dan Kemboja mengadakan rundingan.\rHakim Hisashi Owada berkata,  Kemboja dan Thailand berdepan risiko hubungan tegang berikutan tiada penyelesaian. Beliau mengarahkan kedua-dua negara membenarkan pemantau dari Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk memasuki kawasan itu.\rMenteri Luar Thailand, Kasit Piromya, berkata Bangkok  menghormati keputusan itu dan penubuhan satu zon larangan tentera tidak  menghalang rundingan berhubung tuntutan ke atas kawasan itu.\r“Kami berpuas hati bahawa pengunduran tentera terpakai ke atas kedua-dua Kemboja dan Thailand yang juga bertentangan dengan kehendak Kemboja,” kata Kasit kepada media di mahkamah.\r\n\n\n\n\r“Kami perlu berbincang. Silakan datang ke meja rundingan.”\rKemboja enggan mengulas kepada media di sini. Kedua-dua Kemboja dan Thailand membuat tuntutan ke atas kawasan tanah di sekitar kuil Preah Vihear berusia 900 tahun, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO  dalam satu pertelingkahan yang menukar kepada konflik berdarah Asia Tenggara dalam tempoh sedekad.\rPertelingkahan itu berikutan masalah politik dalaman di kedua-dua Kemboja dan Thailand, menjejaskan kredibiliti ASEAN berikutan ketidakupayaannya menangani masalah itu. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.049038 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list