|
NAZA World mengesahkan sokongan berterusannya kepada inisiatif sukan tempatan dan antarabangsa apabila menjadi penaja kenderaan rasmi Kelab Bola Sepak Chelsea sempena Jelajah Asia 2011 kelab itu di Malaysia.\rPengerusi Bersamanya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, berkata NAZA World menyediakan sebuah Bentley bagi kegunaan Ketua Eksekutif Kelab Bola Sepak Chelsea, Ron Gourlay, manakala empat unit Chevrolet Captiva disediakan untuk kegunaan pemain dan pengurusan kanan kelab berkenaan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pada akhir jelajah pemain Chelsea akan dijemput menurunkan autograf pada dua edisi khas Chevrolet Cruze dan kenderaan itu akan dilelong untuk tujuan kebajikan.\r\r\n\n\n\n\n“Saya peminat setia Chelsea dan ia satu penghargaan buat saya untuk menjadi penaja dan berkongsi pengalaman membawa masuk kelab bola sepak terkemuka itu ke Kuala Lumpur.\r“Lebih menggembirakan apabila hero saya itu bersetuju melakukan kerja amal,” katanya pada sidang media Kelab Bola Sepak Chelsea di Petaling Jaya, semalam.\rKenderaan itu disumbangkan NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar ekslusif jenama Chevrolet di negara ini.\rSM Faisal berkata, pihaknya berharap kehadiran Chelsea bermain di tanah air akan dapat memberi inspirasi kepada golongan muda tempatan untuk berjaya, bukan saja dalam sukan bola sepak malahan dalam mana-mana bidang yang diminati.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|