|
Empat tahun bergelar penyanyi, Sheila belum cukup dikenali\rBIARPUN tidak meluahkan secara terbuka, tampak jalur kecewa pada wajah penyanyi yang menggunakan Sheila Abdul sebagai nama pentas. Walau sudah empat tahun memperdagangkan bakat dan suara, ramai belum menyedari kemampuan bakat anak kelahiran Johor Bahru itu.\r\n\n\n\n\rJika menyelak semula latar belakang gadis berusia 23 tahun ini, dia bukan hanya mempunyai vokal meyakinkan malah berbakat menghasilkan lagu dan lirik sendiri yang tidak kurang indahnya.\r\r\n\n\n\n\nCuma barangkali belum rezeki Sheila atau nama sebenar Nursheila Abdullah untuk berada pada kedudukan selesa seperti teman seangkatan, namun cabaran seperti itu membuatkan dirinya lebih gigih berusaha.\r“Bukan sedikit dugaan yang saya hadapi... Diperlekeh dan diperkecilkan sudah menjadi asam garam kehidupan. Terima kasih di atas pengalaman seperti itu kerana ia menyuntik semangat saya supaya tidak mudah menyerah kalah.\r“Sekali pun tidak sepopular penyanyi muda lain, saya bersyukur apabila pendengar masih menghargai dendangan saya malah ada yang tidak putus memberikan sokongan,” kata bintang yang digilap menerusi pertandingan nyanyian kelolaan Adnan Abu Hassan.\rMenerusi lagu ciptaan komposer terbabit berjudul Mungkinkah yang turut dijadikan sandaran dalam album sulungnya pada 2008 Sheila mula membina nama dan selepas dua tahun dia tampil pula bersama single baru.\r\n\n\n\n\rAkuinya sebagai penyanyi dia perlu mempunyai produk baru malah kepuasan lebih terasa apabila memiliki album fizikal yang tentu saja membabitkan kos tinggi serta kepakaran pemasaran.\r“Dalam zaman serba moden kini, muat turun lagu sudah menjadi trend namun saya rasa lebih puas apabila dapat memuatkannya dalam satu album. Walaupun memerlukan kos tinggi dan kesabaran, saya tetap akan merealisasikan album baru.\r“Kalau melihat situasi masa kini, jualan album tidak serancak sekitar 90-an. Begitupun saya pasti di luar sana ramai yang menghargai album fizikal kerana ia pek lengkap,” katanya yang sudah pun merakamkan tiga single.\rMempertaruhkan lagu nukilan sendiri, Pengkhianat Cinta sebagai single pertama, dendangan lain ialah Semuanya Kerana Mu, Bila Kau Di Situ serta sebuah lagi lagu nyanyian semula, Kaulah Segalanya.\rBersyukur apabila Pengkhianat Cinta mula meraih perhatian pendengar, sedikit sebanyak ia menyemarakkan semangat wanita ini untuk lebih aktif menghasilkan lagu.\rBaginya, produk baru penting untuk mengingatkan masyarakat mengenai kewujudan seseorang artis sekali gus mengelakkan pendengar bosan sekiranya asyik disogokkan bahan sama.\rNyanyian, kuliah diutamakan\rDALAM rancak mengatur langkah termasuk memenuhi undangan pentas, Sheila nyata harus bijak membahagikan masa apabila turut menggalas tanggungjawab sebagai penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM).\rBersyukur apabila menjadi antara selebriti yang berpeluang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda menerusi Pengajian Luar Kampus (PLK), penyanyi ini hanya meluangkan waktu untuk memenuhi undangan nyanyian apabila tidak bercanggah dengan jadual kuliah.\rMeskipun hanya ke kuliah dua kali sebulan iaitu pada hujung minggu, seperti penuntut pusat pengajian tinggi lain, tanggungjawab menyiapkan tugasan selain kerja berkumpulan tidak terlepas tergalas di bahunya.\r“Kalau ikutkan, memang jadual saya agak penuh terutama dengan tugas kuliah. Syukurlah hingga memasuki tahun ke dua ini, semua tugasan dan markah peperiksaan masih pada tahap membanggakan.\r“Walau ada kalanya rasa tidak terkejar, saya berpuas hati apabila hasil tugasan dapat disempurnakan malah ramai lagi rakan artis lain yang saya lihat begitu bersemangat sepanjang pengajian,” katanya yang mengambil jurusan komunikasi.\rAntara teman seangkatan lain yang turut menyertai skim khas untuk golongan seni kelolaan UUM ialah Noh (Hujan), Emelda Rosmila, Diddy Hirdy, Akim (AF), Suffian (Saujana), Zehra Zamri, Yok (Bunkface) dan Neves (Pretty Ugly).\rKini hanya tinggal kira-kira dua tahun lagi untuk Sheila menamatkan pengajian, bahkan jauh di sudut hati dia berharap perjalanan dalam kedua-dua laluan, seni dan pelajaran mampu bergerak seiring.\rDitanya tidakkah berminat mencuba lakonan untuk menguji kemampuan, tanpa teragak-agak katanya buat masa ini dia langsung tidak terfikir mahu bergelar aktres disebabkan pemalu.\r“Saya agak pemalu di hadapan kamera. Menyanyi tidak sama dengan berlakon yang memerlukan pelbagai ekspresi. Rasanya bakat saya bukan ke arah itu, jadi biarlah saya tumpukan dulu kepada nyanyian. Jika merasakan sudah bersedia berlakon, saya akan lakukan,” katanya yang pernah mendapat tawaran membintangi drama.\rPROFIL\rNAMA: Nursheila Abdullah \rTARIKH LAHIR: 13 Ogos 1988 \rTEMPAT LAHIR: Johor Bahru \rUMUR: 23 tahun \rADIK BERADIK: Anak bongsu daripada tiga bersaudara\rCITA-CITA: Pensyarah Muzik
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|