CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Tempurung Pecah: Peristiwa di satu hari yang panjang

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
SETIAP insan di dunia semestinya mempunyai detik pengalaman yang mencetus dan mencorakkan jalan hidupnya. Dan, detik itu seharusnya tersemat kuat di hati dan dibawa ke mana saja dalam perjalanan kehidupan yang dilalui. Aku mempunyai detik aku.\rFilem pertama yang aku tonton di pawagam ialah filem Haathi Mere Saathi lakonan Rajesh Khanna ketika aku berusia 9 tahun. Aku bersama anak jiran berkongsi tiket menontonnya. Pada masa itu, tiket cuma berharga 65 sen bagi kelas kedua dan yang paling anggun sekali ialah, kanak-kanak dibenarkan berkongsi duduk berdua di satu kerusi!\r\n\n\n\n\rFilem mengenai gajah cerdik dan tuan gajah yang bukan penyabar itu tidak sedikit pun mempengaruhi aku, tetapi pancaran cahaya yang keluar dari belakang menerusi lubang kecil itu menjadi enigma bagi aku sepanjang perjalanan balik ke rumah. Kagum sungguh aku dengan ritual penayangan filem di panggung wayang yang bermula dengan pembukaan tirai baldu merah menampakkan skrin putih bersih kemudiannya diwarnai dengan trailer dan imejan penuh budaya seni dunia. Itu kali pertama aku berasakan magisnya sinema.\r\r\n\n\n\n\nKita rewind beberapa jam sebelumnya di satu pagi di mana aku bersama kanak-kanak riang penuh hingus yang lain sedang bermenung memikirkan kenapa layang-layang kami tidak terbang-terbang, berkemungkinan kerana menggunakan kertas surat khabar yang dilekatkan dengan gam nasi, atas dorongan ekonomi dan pemikiran yang \'unsophisticated\' yang dialami ketika itu, kami terdengar pula sayup-sayup muzik lagu Hindustan yang sering berkumandang di corong radio memecah kebuntuan akal kami. \rKami berlari menuju ke arah muzik itu dan terpampang di hadapan kami sebuah lori membawa poster filem besar, memaparkan gambar seekor gajah yang belalainya lebih besar daripada tubuh gajah itu sendiri (zaman dulu naive art bukan naive, tetapi ialah gambaran realism pelukisnya) bersama seorang India yang mencampakkan risalah filem itu. Kami berlari mengejar sambil mengutip kertas yang ditaburkan.\rSifat ingin tahu serta kejayaan pelan pemasaran pempamer filem itu membuat aku berlari pulang ke rumah dan meminta bapa aku kebenaran untuk pergi menonton filem terbabit. Dengan berbekalkan 70 sen dan dengan air mandian yang masih menitik di hujung rambut, aku dan Rosli menaiki bas menuju ke pekan Ipoh yang jauhnya kira-kira lima batu daripada rumah kami.\rSetelah kagum menonton, aku balik menceritakan segala-galanya kepada bapak yang hanya senyum mendengar setiap perincian yang aku nampak. Bapak yang waktu itu sudah terlantar di katil akibat penyakit lemah jantungnya bangun mendengar dan bertanya mengenai jalan cerita filem itu. Aku menokok tambah cerita yang aku sudah mula lupa kerana begitu ghairah melayani pengalaman pertama menonton itu.\r\n\n\n\n \rAku gembira dan ingin menonton lagi. Aku tidak tahu mengapa ketika itu dan sekarang sudah pasti rumusannya berkisar kepada \'escapism\' manusia daripada realiti kehidupan membuat kita suka menonton.\rNamun apabila aku mengingatkan kembali saat itu, aku rasakan bukan escapism yang aku lalui, lebih kepada vocation (seruan). Lebih kepada perancangan apa yang aku ingin ceburi apabila aku dewasa kelak.\rDan bapak mengatakan banyak buku dan majalah filem yang harus aku baca jika aku betul-betul meminatinya. Ya! Aku teringatkan di bawah rumah Kak Kiah (yang aku abadikan namanya di dalam drama Rombongan Cik Kiah), yang penuh dengan majalah filem lama yang tersusun rapi! Aku harus membacanya sekarang, bentak hati aku. Hari-hari berikutnya hidup aku dipenuhi dengan jadual waktu mencari magisnya dunia perfileman.\rMengenangkannya kembali, aku semakin terpanggil untuk melalui semula detik-detik pencetus paradigma yang mengubah pengembaraan hidup kepada satu pengembaraan yang berikutnya. Ia bukan peristiwa yang dicari. Bukan peristiwa yang dibuat-buat. Ia satu peristiwa yang berpanjangan magisnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.641519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list