|
Kenduri Seni Parlimen Parit Sulong di Teluk Wawasan, Batu PahatDALAM serius ada gelak, dalam senyuman ada sindiran, dalam baik ada yang terkena dengan sajak yang menjadi pilihan tokoh politik, penyair dan penduduk setempat pada program Kenduri Seni Parlimen Parit Sulong di Teluk Wawasan, Batu Pahat, baru-baru ini.\n\n\n\nSebahagian besar deklamator pada malam terbabit memilih sajak patriotisme memandangkan program terbabit sebagai sambutan hari kemerdekaan negara yang diadakan lebih awal bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Raya pada akhir Ogos ini, program terbabit dapat menarik generasi muda untuk sama menghargai kegiatan kesenian negara.\n\n\n\n\nPemilihan tepi pantai Teluk Wawasan berkemungkinan juga menjadi daya tarikan kepada generasi muda dan penduduk tempatan untuk sama-sama meramaikan dan memeriahkan majlis yang dianggarkan menarik tidak kurang 1,000 khalayak.Program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong dengan kerjasama Jabatan Pejabat Daerah Batu Pahat dan Media Prima itu dimulakan dengan persembahan ghazal Kumpulan Sri Ghazal Batu Pahat, sebelum diteruskan dengan bacaan puisi, Kedamaian oleh penduduk tempatan, Raja Ibrahim Raja Abdullah.Raja Ibrahim yang mengaku bahawa bahawa sajaknya itu ditulis menggunakan ejaan Za’ba berkongsi rasa syukur dengan nikmat kedamaian yang dimiliki rakyat di negara ini hasil kemakmuran yang berpanjangan dan perlu dipertahankan untuk kepentingan semua.Keranamu,\n\n\n\nInilah kami, inilah kami, inilah kamiBergumbira keshukuran Oh Tuhanku, shukur!Ya Rahman! Melimpah ruah rahmatmuMelata pada setiap chiptaanmuYa Rahim! Shahdu gumbira, gumbiranyaMereka, mereka pilihanmu.Tak terduga akal fikirDapat mengechap nikmat kedamaianDi hening malam keramatmu iniSetelah dihanyutkan kemelut deritaDalam tangis bangsa negara ini.Bacaan puisi pada malam berkenaan diteruskan dengan deklamasi Johan Deklamasi Sajak Peringkat Daerah Batu Pahat 2001, Sasya Zainal yang juga pemenang ketiga Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Johor 2001, lewat Pamflet Kemerdekaan Kepada Generasiku karya Zainal Rashid Ahmad.Lihatlah betapa cemerlangnya fajar pertamaSeribu lantera di puncak menara sukmaAyuh kita bersatu merentang janjiMengiringi keleningan loceng kemerdekaanDengan dengung rebana pembangunanmarilah kita bangunkan ribuan taman-taman syurgaBerbungakan keamananBerwangikan kemakmuranAgar pada lembar sejarah tercatat pengertian baruBahawa generasi ini adalah penyambung riwayat kemerdekaanWakil Puteri UMNO Parlimen Parit Sulong, Huzariha Kamri dan Nur Sharina Al Azmi, berganding bahu mendeklamasikan Aksara Merdeka yang mengajak khalayak untuk sama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperoleh dengan tungkus-lumus generasi terdahulu.Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdekaKenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah iniYang kenal huruf tetapi terlupa maknanyaYang kenal angka tetapi terlupa nilainyaYang kenal bunyi tetapi terlupa nadanyaYang kenal rentak tetapi terlupa geraknyaYang kenal lagu tetapi terlupa iramanyaYang kenal akhir tetapi terlupa awalnyaSetelah sekian lama kita membaca dan menghafalAksara merdekaKenapa masih ada warga tanah tercinta iniYang cerah mata tetapi gelap hatiYang cerdik minda tetapi dungu peribadiYang cantik bahasa tetapi buruk sikapYang lembut budi tetapi keras lagakYang merdu suara tetapi sumbang bicaraPengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar, mencuit perhatian khalayak dengan sajaknya, Cerita Orang Desa di Kota meskipun ditulis pada 1996, tetapi denyut nadi kegembiraan orang kampung menerima ketibaan orang bandar berterusan sehingga ke hari ini.Di Kuala LumpurSeman semakin galak menjual diriSatu kampung tahu dia orang berjayaLagi pula kata Batin Tengal, dia ada can jadi orang besarMaka itu, setiap kali Seman Koping berbaring di pondok sewanyaSetiap itulah dia membayangkan firasatnya Batin Tegal Kuala BaruDi antara rekah dan robek atap dan zink rumah sewanyaSeman Koping melihat bintang dan bulan juga harapan.Tu bulan tu bintang Tu pokok kayu araTu anak kawan pulangBawa cerita orang kota.Pendeklamasi yang dijemput khas oleh penganjur, iaitu pelakon, pengacara dan penggiat teater tanah air, Khalid Salleh, tampil dengan sajak, Mengapa Palestin, berkisar mengenai nasib rakyat Palestin yang ditindas.Aku tak pernah membayangkanAmarah dan dendam zionisMerentangkan sihir pesona di pintu-pintu kehadiranMengundang timbunan musibah di lantai kedamaianMenyalakan kebencian di persada kehidupanPalestinDarah merahmu mengalirBagai peraduan merentangkan usia kematianMimpi perangmu telah menjelaskanErti hidup dan matiBenar, perang di bumi PalestinAdalah keporak-perandaan yang pernah dibayarBangsa Arab Palestin terhadap kekejaman IsraelProgram berkenaan seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi jemputan, Ramli Sarip dan Akim AF, masing-masing menyampaikan beberapa lagu termasuk yang diminta khalayak, sebelum majlis ditutup dengan persembahan Kumpulan Sri Ghazal Batu Pahat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|