View: 113|Reply: 0
|
Setuju dana khas bahasa, penulis
[Copy link]
|
|
PERSATUAN penulis dan penerbit tempatan sepakat bahawa cadangan membentuk dana khas bahasa dan sastera serta dana khas kepada perpustakaan awam untuk membantu penulis mahupun penerbit akan memberi manfaat kepada kelompok berkenaan, sekali gus merancakkan industri penerbitan negara.\rKetua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata, dana itu jika dilaksanakan akan membantu kelompok penulis untuk menerbitkan karya mereka secara terus tanpa bergantung kepada ‘orang tengah’.\r\n\n\n\n\r“Tanpa khidmat orang tengah, penulis dijangka memperoleh keuntungan lebih tinggi hasil daripada penjualan karya, iaitu mungkin sehingga 50 peratus daripada keseluruhan keuntungan.\r\r\n\n\n\n\n“Melalui dana ini juga, kelompok penulis akan berasa karya mereka lebih dihargai kerana mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Perkara ini diharap akan merancakkan lagi penerbitan buku di negara ini,” katanya ketika dihubungi Sastera.\rBeliau selaku wakil GAPENA menyokong penuh usaha membentuk dana ini dan sentiasa bersedia bertindak sebagai penyelaras bagi pihak kumpulan penulis bagi membantu proses pelaksanaannya jika diperlukan.\rCadangan mengadakan dana khas bahasa dan sastera diutarakan Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said, dengan alasan demi memelihara kepentingan bahasa Melayu agar dapat terus berkembang dan dipertahankan di negara ini.\rSN Datuk Dr Anwar Ridhwan pula mencadangkan dana khas disediakan kepada perpustakaan awam bagi membantu penulis, meningkatkan jumlah pelepasan cukai, royalti dan honororium pada Wacana Peranan Penulis dan Tanggungjawab Kerajaan - Agenda Bertindak yang diadakan baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rSebelum ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pernah mengumumkan bahawa penulis tempatan kini boleh memohon mendapatkan peruntukkan untuk menghasilkan karya menerusi Dana Penulis bernilai RM2 juta yang disediakan khusus untuk kelompok terbabit.\rEksekutif Perhubungan Awam PTS Publications & Distributors, Mohd Roslan Md Isa berkata, penerbit buku sudah pasti mengalu-alukan jika dana khas itu dilaksanakan kerana ia umpama durian runtuh yang membolehkan mereka menerbitkan lebih banyak karya.\r“Pemberian dana untuk industri kreatif sebelum ini lebih banyak tertumpu kepada bidang lain seperti penghasilan filem dan drama televisyen. Dana yang dicadangkan ini pasti akan dapat membantu penerbit untuk menerbitkan lebih banyak karya penulis berbanding sebelum ini,” katanya.\rSN Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah pula menyifatkan pelaksanaan pemberian dana berkenaan dapat meningkatkan kualiti karya yang dihasilkan di negara ini.\r“Dengan dana berkenaan, ia mungkin dapat digunakan oleh penulis untuk membuat penyelidikan dalam usaha menghasilkan karya mereka. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan di dalam atau luar negara bagi menghasilkan karya lebih bermutu,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|