CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Pendedahan kes intipan telefon

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kematian pemberita disiasat polis Britain, web akhbar kena godam siar berita palsu Murdoch meninggalLONDON: Krisis pengintipan menggunakan telefon oleh akhbar News of The World (NOTW) membuat kejutan baru apabila bekas  wartawan yang mendedahkan perkara itu ditemui mati manakala laman web akhbar berkenaan yang digodam menyiarkan berita kematian pemiliknya, Rupert Murdoch.\n\n\n\n   Bekas wartawan berkenaan, Sean Hoare ditemui mati di kediamannya kelmarin, tidak sampai setahun selepas beliau dinamakan sebagai pemberita yang menuduh bekas pengarang NOTW, Andy Coulson tahu mengenai perbuatan mengintip perbualan telefon.\n\n\n\n\n   Polis menyifatkan punca kematiannya belum diketahui dan mencurigakan. Bedah siasat dijalankan semalam.Hoare, 47, dilaporkan menghadapi ketagihan arak sejak memulakan tugas sebagai wartawan hiburan yang mencari berita eksklusif di kalangan selebriti di London.Beliau pada mulanya membuat dakwaan itu mengenai Coulson tahun lalu ketika diwawancara akhbar The New York Times dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Coulson yang menjadi pengarang NOTW pada 2003 hingga 2007 kemudian menjadi ketua komunikasi Perdana Menteri, David Cameron.\n\n\n\n“Ramai orang yang takut. Jika kamu perlu dapat berita itu, kamu mesti dapatkannya tidak kira dengan apa cara sekalipun. Itulah budaya di News International,” katanya, merujuk kepada empayar media Murdoch yang memutuskan untuk menutup operasi NOTW awal bulan ini.Dakwaan Hoare diserahkan kepada Scotland Yard tahun lalu tetapi beliau enggan memberi bukti. Sejak itu, Coulson ditahan dan dikenakan ikat jamin mengenai tuduhan berkenaan selain memberi rasuah kepada polis.Dalam perkembangan lain, laman web News International lumpuh semalam selepas kumpulan penggodam Lulz Secuiry menceroboh webnya dan menyiarkan berita palsu kematian Murdoch, 80.Akhbar The Sun segera memadamkan laporan bahawa pemiliknya ditemui mati di taman rumahnya tetapi pelawat yang pergi ke laman web akhbar itu dibawa ke ruang Twitter milik Lulz Security yang mengakui membuat ‘serangan’.News International dipercayai sudah menghentikan operasi semua laman web beritanya sebagai langkah keselamatan.“Kami memiliki The Sun/News of the World – berita itu adalah fasa 1, serangan baru  diteruskan,” menurut mesej kumpulan itu. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.401990 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list