CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Nasim, CBT anjur reka cipta kenderaan mesra alam

[Copy link]
Post time 20-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KENDERAAN lebih mesra alam dan praktikal menjadi cabaran utama pada  Pertandingan Reka Cipta The New Straits Times (NST)-Peugeot anjuran bersama Nasim Sdn Bhd dan sisipan akhbar New Straits Times, Cars, Bikes & Trucks (CBT).\rPertandingan yang dilancarkan Mei lalu dibahagikan kepada dua kategori, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).  Barisan pemilih dijayakan panel juri berpengalaman dari dalam dan luar negara.\r\n\n\n\n\r  Pengadil pertandingan, Prof Sulek Suleiman, berkata pihaknya sudah mengadakan jelajah ke 50 sekolah seluruh negara bagi memberikan gambaran jelas kepada pelajar mengenai pertandingan itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Ia sudah dilakukan selepas pertandingan dirasmikan Mei lalu, kami juga sudah mengedar kira-kira 2,000 risalah lengkap prosiding pertandingan kepada sekolah dan IPT.\r“Peserta berminat perlu menghantar hasil rekaan dalam bentuk lukisan teknikal selewat-lewatnya 21 Ogos ini.  Proses pemilihan dilakukan sebelum senarai pemenang setiap kategori diumumkan dalam sisipan dan laman web CBT,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.\rBeliau berkata, objektif pertandingan ialah mencari reka bentuk kenderaan bercitarasa tempatan dan sesuai dibangunkan serta dipasarkan di Malaysia dan negara ASEAN lain.\rKatanya, sistem pemarkahan dan pengadilan dilakukan panel juri profesional wakil industri dan Majlis Reka bentuk Malaysia (MRM).\r\n\n\n\n\r“Untuk kategori sekolah menengah, peserta perlu menghasilkan lukisan teknikal dan perspektif kenderaan di samping rasional reka bentuk berkenaan dipilih.\r“Bagi kategori IPT pula, peserta dikehendaki menghantar lukisan teknikal dan perspektif reka bentuk.  Sepuluh reka bentuk terpilih ke pusingan akhir perlu menyiapkan model kenderaan yang dicipta,” katanya.\rSulek berkata, setiap pasukan disertai tiga peserta, termasuk pensyarah untuk kategori IPT, manakala peringkat sekolah menengah dua peserta.\rProses penilaian kata beliau, turut mengambil kira kesinambungan reka bentuk dan tema diberikan; keaslian konsep rekaan; kualiti dan potensi untuk dibangunkan.\r“Pemenang utama kategori IPT akan dibawa ke Makmal Reka bentuk dan Inovasi Peugeot di Perancis, wang tunai RM1,000 dan berpeluang mengikuti latihan industri di NSB, manakala bagi kategori sekolah menengah pula, pemenang akan menerima iPad dan hadiah iringan lain.\r“Seratus penyertaan terbaik juga bakal menerima hadiah istimewa daripada CBT,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032544 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list