CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

Jawablah!: 'Bila masa saya dera anak?'

[Copy link]
Post time 20-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Jawablah!: \'Bila masa saya dera anak?\'Oleh Farihad Shalla [email protected]/07/20\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRebecca anggap penyebar fitnah cuba gugat keharmonian rumah tangganya\rSEBOLEH mungkin dia tidak mahu lagi menjawab isu yang satu ini. Bukan tidak mahu bekerjasama ataupun mahu berlagak sombong kepada media, namun jelas pelakon yang sering dikaitkan dengan imej seksi, Rebecca Nur Islam berkata, tidak ada apa yang perlu diulas memandangkan dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang didakwa oleh beberapa pihak, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rIsu kononnya dia mendera anak-anak tirinya benar-benar membuatkan wanita ini berada di dalam keadaan serba-salah. Jika dia menjawab isu itu, bermakna dia meletakkan dirinya di dalam penilaian masyarakat. Sekiranya dia membuat penafian, pasti akan dikatakan cuba mempertahankan diri. Andai berdiam diri, dituduh bersalah pula.\r\r\n\n\n\n\nNamun, tidak mahu khalayak terus membuat tuduhan melulu, sekali gus seolah-olah membenarkan segala tuduhan jika dia terus mengunci mulut, akhirnya Rebecca mengalah juga walaupun terpaksa melanggar arahan suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, supaya tidak memberikan sebarang komen berhubung isu itu.\rSambil menegaskan bahawa penjelasannya itu adalah komen terakhir daripadanya, kata Rebecca, sebagai seorang yang berfikiran waras, tidak mungkin baginya untuk bertindak kejam terhadap dua anak tirinya itu. Malah tegas Rebecca, dakwaan dia seorang ibu tiri kejam ternyata bertentangan dengan sifat semula jadinya yang begitu menyukai dan menyayangi kanak-kanak.\rHip: Rebecca didakwa seorang ibu tiri yang kejam apabila dikaitkan dengan kes mendera anak tiri. Sila komen.\rRebecca: Saya sebenarnya tidak mahu mengulas perkara ini. Keengganan saya berbuat demikian adalah kerana ia tidak pernah berlaku. Sebelum ini pun ada beberapa wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan hal serupa. Bukan saya nak berlagak ataupun tidak mahu memberikan kerjasama, tetapi saya tak mahu isu ini berpanjangan. Jika saya jawab nanti, pasti akan ada cerita susulan. Sebagai seorang artis, saya sendiri memang sedia maklum akan impaknya jika saya menjawab pertanyaan ini. Lagipun, suami saya sendiri meminta saya supaya tidak memberikan sebarang komen jika ada yang bertanyakan hal berkenaan.\r\n\n\n\n\rHip: Tapi, tentunya masyarakat di luar sana menantikan reaksi Rebecca berhubung isu ini.\rRebecca: Apabila saya menjawab isu ini, bererti saya akan meletakkan diri saya dalam penilaian masyarakat. Contohnya, jika saya menafikan segala tuduhan itu pun, orang tetap akan menganggap saya memang melakukan penderaan seperti didakwa. Disebabkan itulah, saya tidak mahu membuat sebarang penjelasan. Tapi supaya masyarakat tidak terus menghukum saya atas kesalahan yang tidak pernah saya lakukan, biarlah saya jelaskan terlebih dulu rutin kehidupan kami sejak saya mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu. Anak-anak tiri saya memang tinggal bersama saya. Waktu pagi, sudah menjadi kebiasaan untuk saya dan suami menghantar mereka ke sekolah. Petang pula, mereka akan pulang bersama suami. Begitulah seterusnya kecuali hari Sabtu dan Ahad. Pada hujung minggu, mereka biasanya akan pergi ke rumah ibu mereka. Jadi, saya nak bertanya pada mereka yang mengatakan saya mendera anak tiri saya itu, bila masanya saya nak dera mereka? Takkanlah saya nak dera mereka waktu bapa mereka ada di rumah. Hilang akalkah saya?\rHip: Bagaimana hubungan Rebecca dan anak tiri?\rRebecca: Saya kenal mereka bukan hanya selepas berumah tangga. Selama tiga tahun berkenalan dengan Azam, sepanjang tempoh itu juga saya mengenali anak-anak tiri saya itu. Sejujurnya, tiada istilah anak tiri dalam kamus kehidupan saya. Saya anggap mereka semua seperti anak saya sendiri. Kami sering tidur bersama. Kalau anda nak tahu, saya juga mandikan anak perempuan saya itu, walaupun kalau nak diikutkan, dia mampu untuk mandi sendiri. Kami berdua juga sering berkongsi cerita perihal orang perempuan. Anak sulung saya itu pula, memang seronok kalau saya hantar dia ke sekolah. Katanya, dia rasa glamor sekejap bila ramai kawan sekolahnya memuji-muji saya. Kalaulah saya ibu tiri kejam, bukan begitu cara saya melayan mereka.\rHip: Rebecca rasa, adakah isu ini disebarkan atas dasar niat untuk memburukkan imej Rebecca?\rRebecca: Hati manusia tak siapa yang tahu. Kalau boleh, saya tak mahu menuduh sesiapa. Mungkin orang yang membuat cerita ini tidak senang melihat kebahagiaan rumah tangga kami. Jadi, disebabkan itulah dia sanggup membuat cerita yang bukan-bukan supaya kebahagiaan kami tergugat. Saya sedar, apabila saya berkata begini, mungkin akan ada yang mengatakan saya perasan kerana menganggap ada yang cemburu, tapi perkara itu tidak mustahil. Bagi saya gosip ini sangat keterlaluan kerana ia memang menjejaskan imej saya sebagai seorang wanita merangkap ibu. Sebelum ini, saya hanya digosipkan sebab seksi. Itu saja.\rHip: Jadi apa tindakan Rebecca selepas ini?\rRebecca: Apa yang pasti, saya tidak mahu melayan gosip seperti ini. Saya harap, inilah penjelasan terakhir daripada saya. Saya malas nak cerita perkara yang sama berulang kali. Buat mereka yang menyebarkan cerita tidak betul ini, terima kasih saya ucapkan kerana menambahkan pahala buat saya. Cukup-cukuplah buat fitnah! Hentikanlah perbuatan yang sia-sia itu kerana ia tidak menjejaskan langsung kebahagiaan rumah tangga kami.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044438 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list