CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Petrofac mahu ambil alih saham RNZ

[Copy link]
Post time 20-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Telaga minyak laut dalam PETRONAS pikat syarikat besarPETROFAC Ltd, gergasi kejuruteraan minyak dan gas Britain sedang berunding untuk mengambil alih sebahagian besar kepentingan dalam RNZ Integrated (M) Sdn Bhd, iaitu sebuah daripada enam syarikat kejuruteraan berlesen luar pesisir utama PETRONAS.\n\n\n\n  Sumber industri berkata, pengambilalihan pegangan saham majoriti RNZ Integrated itu bertujuan mengukuhkan kedudukan syarikat berpangkalan di Jermyn Street London itu untuk membida lebih banyak kontrak perkhidmatan pembangunan telaga minyak kecil dan laut dalam yang lebih berisiko dengan PETRONAS.\n\n\n\n\n  “Kegiatan pembangunan telaga minyak kecil dan laut dalam di Malaysia kini semakin mendapat perhatian syarikat besar antarabangsa berikutan komitmen serius kerajaan dalam usaha menambahkan lagi jumlah simpanan minyak negara.“Bersandarkan perkembangan berkenaan, syarikat Britain itu sedang menyusun strategi untuk meningkatkan lagi jangkauan pembabitannya dalam industri minyak dan gas di Malaysia dengan mengambil alih syarikat tempatan berpotensi, dengan RNZ menjadi sasaran pengambilalihan itu.“Rundingan membabitkan kedua-dua pihak (Petrofac dan RNZ Integrated) sedang berlangsung dan difahamkan gergasi kejuruteraan minyak dan gas Britain itu berminat mengambil alih 50 peratus kepentingan dalam RNZ Integrated.“Bagaimanapun semuanya masih lagi pada peringkat awal dan belum ada sebarang perjanjian dimuktamadkan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.\n\n\n\nRNZ Integrated yang diterajui Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Rozali Ahmad, bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.Sumber itu berkata, Petrofac berminat dengan RNZ kerana syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan pada 1994 itu mempunyai reputasi baik hasil kejayaannya melaksanakan pelbagai projek di Malaysia, Sudan, India, Vietnam, Turkmenistan, Iran dan Qatar.Antara projek utama syarikat itu adalah projek pembangunan bersepadu Sumandak Selatan, luar pantai Sabah; projek pembangunan Bunga Tulip A, sempadan Malaysia-Vietnam; projek pembangunan minyak Pelabuhan Tanjong Langsat, Johor; projek pembangunan Lembangan Muglad dan projek terminal marin Bashayer 2, Sudan serta projek pembangunan Monopod, India.Sebagai kontraktor utama PETRONAS, RNZ Integrated turut memiliki kelebihan kerana memperoleh pensijilan ISO9001 bagi penyediaan perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk, bantuan pemerolehan dan pengurusan projek bagi pembangunan dan pengubahsuaian kemudahan pengeluaran, pemasangan dan proses minyak dan gas.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.277469 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list