CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

SC lulus 9 permohonan IPO

[Copy link]
Post time 23-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Potensi modal pasaran terkumpul bernilai RM17.04 bilion\rSURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan sembilan permohonan melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh suku kedua lalu, dengan potensi modal pasaran terkumpul bernilai RM17.04 bilion.\r\n\n\n\n\r  Ia adalah jauh lebih tinggi berbanding hanya satu IPO diluluskan pada suku pertama dan tiga pada suku kedua tahun lalu, justeru mencerminkan kerancakan semula aktiviti penjanaan modal di pasaran tempatan.\r\r\n\n\n\n\n  SC dalam kenyataannya berkata, sembilan IPO yang diluluskan itu bakal menjana modal berjumlah RM5.48 bilion.\rPengawal selia pasaran modal tempatan itu menjelaskan, dalam tempoh suku kedua lalu, ia menerima 45 cadangan korporat, meningkat berbanding 35 pada suku pertama.\rKatanya, daripada jumlah itu, 16 adalah permohonan ekuiti, manakala baki 29 lagi adalah sekuriti hutang swasta (PDS).\r“Daripada 16 permohonan yang diterima itu, 10 adalah permohonan bagi melaksanakan IPO dengan potensi nilai modal pasaran dianggarkan mencecah RM13.36 bilion.\r\n\n\n\n\r“Dalam tempoh itu juga SC meluluskan sembilan IPO yang mana dijangka berpotensi memiliki nilai modal berjumlah RM17.04 bilion,” katanya.\rSC berkata, dalam tempoh itu juga, jumlah permohonan pengumpulan modal menerusi terbitan PDS yang diluluskannya turut meningkat kepada 26 berbanding 17 pada suku pertama tahun ini.\rKatanya, jumlah keseluruhan dana daripada terbitan PDS berasaskan ringgit yang diluluskan itu meningkat 150 peratus kepada RM34.3 bilion berbanding RM13.7 bilion pada suku pertama.\rSementara itu, SC berkata, ia juga telah meluluskan 31 permohonan skim pelaburan terkumpul baru dalam tempoh berkenaan, lebih tinggi daripada 16 kelulusan pada suku pertama.\r“Daripada 31 permohonan itu, 14 adalah untuk penubuhan dana amanah, 16 bagi penubuhan dana pukal dan satu untuk penubuhan saham amanah hartanah (REIT) berlandaskan syariah,” katanya.\rSC berkata, ia juga mengekalkan prestasi standard kukuhnya dengan 99.86 peratus daripada permohonan lesen dan 100 peratus cadangan korporat diproses dalam tempoh piagamnya.\rPada suku kedua lalu, ia menerima sejumlah 1,559 permohonan lesen, katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.040179 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list