|
Syarikat bangunkan semua simpanan tanah pertingkat margin keuntungan\rLBS Bina Group Bhd (LBS) akan memajukan semua simpanan tanahnya seluas 906 hektar dengan pelbagai projek hartanah bernilai kira-kira RM9.1 bilion dalam tempoh antara tujuh hingga 10 tahun akan datang.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusannya, Datuk Lim Hock San, berkata sejajar dengan program penjenamaan semulanya, LBS akan menumpukan kepada pembangunan hartanah mewah, mewakili 80 peratus daripada semua projek yang bakal dibangunkan.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, ia bagi membolehkan LBS memperoleh margin keuntungan lebih tinggi, sekali gus membolehkannya mencapai sasaran meningkatkan jualan sekitar 54 peratus dalam tahun kewangan semasa.\r“Berdasarkan hala tuju baru ini, kami menyasarkan keuntungan syarikat akan mencecah RM650 juta tahun ini berbanding RM422 juta tahun lalu.\r“Malah projek hartanah mewah ini bakal menyumbangkan antara 30 hingga 40 peratus kepada pendapatan keseluruhan syarikat dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran identiti korporat LBS baru di Petaling Jaya, semalam.\rDi bawah penjenamaan semula LBS, Hock San, berkata syarikat itu akan melaksanakan beberapa perubahan secara berperingkat bagi beralih kepada pembangunan hartanah mewah daripada projek hartanah sederhana dan rendah sebelum ini.\r\n\n\n\n\rKatanya, tumpuan ketika ini adalah meluaskan lagi portfolio hartanah mewah yang meliputi pembangunan rumah berharga RM350,000 ke atas selain menambah baik produk, perkhidmatan pelanggan dan selepas jualan, teknologi hijau serta reka bentuk kediamannya.\r“Walaupun hala tuju baru lebih memfokuskan hartanah mewah, kami tetap akan melancarkan beberapa projek perumahan kos sederhana berharga di bawah RM350,000 seunit, tetapi pada skala lebih kecil.\r“Kami akan melancarkan lima projek baru sedemikian bernilai RM372 juta tahun ini,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|