CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

RM8j bantu peniaga francais

[Copy link]
Post time 23-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pinjaman  hingga RM50,000 diberi bagi pihak hadapi masalah modalKERAJAAN memperuntukkan dana sebanyak RM8 juta untuk disalurkan sebagai pinjaman mudah bagi membantu golongan berpendapatan rendah membabitkan diri dalam perniagaan francais berskala kecil.\n\n\n\n  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata skim yang menawarkan pinjaman antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan mengenakan kadar faedah tiga peratus itu diharap membantu golongan yang berkenaan meningkatkan pendapatan mereka.\n\n\n\n\n  “Ini adalah satu cara yang mana perniagaan francais dapat membantu rakyat meningkatkan tahap pendapatan mereka dan skim ini akan diteruskan jika objektif membantu golongan berpendapatan rendah dicapai,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2011 di Kuala Lumpur, semalam.Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim serta Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah.Muhyiddin berkata, dengan pelbagai sokongan  diberikan kerajaan kepada perniagaan francais sejak 1996, pihaknya berharap industri yang kini menyumbang 2.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu akan terus berkembang dengan menyumbang 4.3 peratus kepada KDNK pada 2015, manakala 9.4 peratus pada 2020.Katanya,  Malaysia adalah antara beberapa negara di mana kerajaannya memberikan sokongan penuh kepada industri francais.\n\n\n\n“Sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7) pada 1996, peruntukan khas diluluskan  memastikan perkembangan industri ini.“Sokongan bukan saja dari segi peruntukan tetapi juga dari segi infrastruktur dengan ia diletakkan di satu bahagian khas di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau perkembangannya, mewujudkan institusi pembiayaan pembangunan dan akta untuk mengawal industri berkenaan,” katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga kini dalam peringkat akhir menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Kebangsaan yang dijangka dilancarkan akhir tahun ini.Beliau berkata, pelan induk itu menggariskan beberapa dasar baru dan hala tuju, termasuk strategi serta pelan tindakan untuk mempercepatkan pembangunan industri francais.“Kerajaan juga akan memperkenalkan insentif cukai untuk menggalakkan perniagaan francais menjadi model perkembangan perniagaan pilihan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.032340 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list