CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Bursa Mingguan: Fasa pemulihan saham mewah

[Copy link]
Post time 25-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Berita pakej menyelamat kedua untuk Greece bantu pasaran melantunKAUNTER mewah meneruskan fasa pembetulannya minggu lalu diterajui saham perbankan utama kerana pelabur bimbang mereka terpaksa mengurangkan kepentingan dalam bank di Indonesia untuk mematuhi peraturan baru di negara itu, selain ketidaktentuan terhadap masalah di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.\rBerita mengenai pakej menyelamat kedua untuk Greece oleh Kesatuan Eropah (EU) membantu pasaran untuk melantun semula pada lewat minggu, tetapi kerugian yang lebih besar daripada yang dijangkakan oleh Tenaga Nasional Bhd telah menjejaskan sentimen.\r\n\n\n\n\r  Minggu lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) kehilangan 12.19 mata lagi atau 0.77 peratus kepada 1,565.06, dengan majoriti kerugian disumbangkan Tenaga (-47 sen), CIMB (-22 sen), IOI Corp (-12 sen) dan Genting Bhd (-12 sen).\r\r\n\n\n\n\n  Purata dagangan harian meningkat semula kepada 980.1 juta saham bernilai RM1.85 bilion berbanding 759.8 juta saham dengan nilai RM1.44 bilion pada minggu sebelumnya, didorong peningkatan perdagangan semasa penyenaraian awam saham Bumi Armada, yang menjadi penyumbang satu perempat daripada jumlah urus niaga pada hari Khamis.\rTekanan jualan pada saham CIMB dan Maybank telah reda pada hujung minggu apabila pelabur menyedari bahawa perubahan dalam kepentingan kedua-dua bank itu dalam operasi Indonesia tidak dapat dilakukan dengan cepat. \rTiada kenyataan rasmi daripada pengawal selia Indonesia tetapi terdapat khabar angin bahawa peraturan baru untuk mengurangkan pegangan asing dalam bank sehingga serendah 50 peratus akan berkuat kuasa pada suku keempat 2011.\rSaham CIMB susut paling banyak kerana operasinya di Indonesia adalah penyumbang terbesar keuntungan sebelum cukai daripada entiti luar negaranya dan dijangka merangkumi hampir 20 peratus keuntungan sebelum cukai pada   2012.\r\n\n\n\n\rPengurangan 50 peratus kepentingan akan mengurangkan hampir separuh sumbangan itu dan ia menghalang rancangan untuk meningkatkan sumbangan asing kepada kira-kira 50 peratus daripada pendapatan dan menjadi salah satu daripada lima Asean bank terkenal.\rBagaimanapun, kesan kurang teruk kepada Maybank kerana operasi Indonesia menyumbang hanya empat peratus kepada keuntungan sebelum cukai pada suku pertama 2011 dan membentuk kurang daripada tujuh peratus ramalan keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan 2012.\rDi samping itu, dengan Maybank BII didagangkan pada harga buku lebih mahal pada tahun kewangan 2012 iaitu 3.8 kali ganda berbanding 2.1 kali ganda untuk CIMB Bank Niaga, ia amat sukar untuk mencari pembeli untuk mengambil alih kepentingan Maybank pada harga semasa.\rBagaimanapun, CIMB dan Maybank masih boleh menjana keuntungan masing-masing RM2.3 bilion dan RM1.2 bilion dengan mengurangkan pegangan mereka kepada 50 peratus pada harga semasa.\rFBM KLCI dijangka terus dalam dagangan pengukuhan dengan aliran menurun minggu ini melainkan jika belian sokongan muncul, mungkin pada penghujung minggu ini.\rKontrak niaga hadapan Julai KLCI yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd susut 11.5 mata lagi, atau 0.73 peratus pada minggu lepas pada 1,568, dengan premium 2.94 mata kepada indeks tunai, berbanding dengan premium 2.25-mata Jumaat sebelumnya   digalakkan   pemulihan lewat minggu di pasaran tunai.\rBagaimanapun, peningkatan prestasi belian pada minggu terakhir bulan Julai akan mengimbangi penunjuk aliran negatif, lebih-lebih lagi jika pasaran luaran bertambah baik lagi dengan pakej penyelamatan kedua Greece akan mengurangkan kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah, dan penyelesaian yang terbaik untuk had hutang AS sebelum tarikh akhir 2 Ogos.\rSaham mewah seperti AirAsia dan RHB Capital dijangka mencatatkan lebih banyak keuntungan di tengah-tengah minat belian daripada pelabur institusi, manakala saham murah seperti E & O, UEM Land, Muhibbah Engineering dan Perdana Petroleum mungkin melanjutkan pemulihan dalam tempoh terdekat.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.264680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list