View: 215|Reply: 0
|
Harimau Malaya mampu bangkit sekat Singapura
[Copy link]
|
|
SAYA positif pasukan bola sepak kita, Harimau Malaya dapat mengatasi dua gol apabila menentang Singapura pada perlawanan kedua nanti.\rApabila menyaksikan perlawanan pertama di Singapura, pada separuh masa pertama banyak kelemahan pasukan kita khasnya di barisan tengah dan pertahanan. \r\n\n\n\n\r Separuh masa kedua kita berjaya memperoleh dua gol walaupun kita kalah 5-3, dengan perbezaan dua gol. Kesilapan bahagian tengah dan pertahan terus berlaku selepas kita menjaringkan dua gol. \r\r\n\n\n\n\n Seperti pada separuh masa pertama, pasukan kita hanya membiarkan barisan tengah Singapura mendominasi bola hingga ke dalam kawasan D Malaysia, tiada pemain mengasak atau merebut bola dari kawasan tengah Singapura hingga ke kawasan D Malaysia. \rPada saya inilah punca kita kalah di Singapura. Pesanan saya kepada pasukan Malaysia, jangan biarkan mereka sesuka hati membawa bola dari bawah hingga ke kawasan kita. \rKedua, lakukan hantaran tepat. Ketiga, terus menguasai bola dan mengasak ke kawasan D lawan. Keempat, kukuhkan barisan pertahanan dengan adanya pemain yang mampu memecut untuk memintas lawan. \rKelima, bermain dengan laju kerana pemain ‘import’ Singapura ramai yang sudah tua akan cepat letih apabila bermain di padang sebenar (rumput). \r\n\n\n\n\rKeenam, terus menyerang dan kekalkan corak menentang Indonesia ketika menjuarai Piala AFF (seperti 20 minit awal separuh masa kedua perlawanan dengan Singapura). \rYakin kita lebih hebat daripada mereka. Marilah kita rakyat Malaysia berdoa untuk kejayaan Harimau Malaya. Jika ini dapat dilakukan percayalah bersatu, yakin dan semaikan semangat Kita Boleh. \rAHMAD BADARUDDIN ABDUL HAQ,Gombak, Selangor.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|