CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Insentif kenaikan pangkat punca pegawai JPN, PPD ‘rujuk’ jadi guru

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SAMBUTAN Hari Guru 2011 sangat memberi makna kepada  pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan kokurikulum yang sedang bertugas di sekolah menengah. \rBerita gembira  diumumkan   Timbalan Perdana Menteri bagi pihak Perdana Menteri, iaitu semua pemegang jawatan  di atas akan menerima insentif yang  menjadi impian mereka. \r\n\n\n\n\r  Menerusi pengumuman itu, semua pengetua sekolah menengah dinaikkan pangkat DG52, manakala penolong kanan pentadbiran (PK1), penolong kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan penolong kanan kokurikulum (PK Koko) dinaikkan kepada DG48 mulai 1 Januari 2012. Namun, sebahagian daripada pemegang jawatan itu memang  berada dalam gred DG48 dan DG52. \r\r\n\n\n\n\n  Banyak pihak berasakan pemberian insentif ini  wajar kerana bebanan tugas berat terpaksa dipikul  mereka. Apa yang menjadi bahan ketawa  guru berikutan pengumuman insentif itu  ada pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)  sanggup kembali bertugas di sekolah semata-mata kerana berhajatkan kategori DG52 atau DG48 yang bakal dinikmati mulai Januari 2012. \rJika selama ini pegawai di JPN dan PPD yang asalnya adalah guru enggan kembali bertugas di sekolah kerana bertugas di JPN dan PPD dianggap lebih dihormati  berbanding bertugas di sekolah.\rSebenarnya guru tidak ambil kisah sekiranya pegawai JPN dan PPD kembali ke sekolah untuk memegang jawatan pentadbiran yang disenaraikan di atas sekiranya tempoh perkhidmatan mereka lama. \rSepatutnya pegawai ini terus saja berkhidmat di PPD atau JPN, mungkin kerajaan perlu menstruktur semula perjawatan di JPN dan PPD supaya mereka dapat menikmati apa  diimpikan dan lebih penting tiada guru  terguris perasaannya.\r\n\n\n\n\rGURU HITAM PUTIH KEHIDUPAN,Tapah, Perak.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046458 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list