View: 211|Reply: 0
|
Malam Puisi Riong di UTM
[Copy link]
|
|
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) bersetuju untuk menjadi penganjur bersama Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-UTM yang dijadualkan berlangsung pada 24 September ini, di Tapak Konvokesyen UTM, Skudai, jam 8.45 malam.\rTimbalan Pendaftaran Kanan UTM, Ismaal Samat berkata, besar kemungkinan UTM akan memilih lestari alam sebagai tema memandangkan universiti terbabit sudah menjalankan kempen mesra alam dalam kampus sejak tahun lalu.\r\n\n\n\n\r“UTM melancarkan kempen terbabit dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar demi kesejahteraan bumi pada masa depan dan seiring dengan matlamat itu, universiti tersebut yang mengharamkan penggunaan polistirena dan botol air plastik dalam kawasan kampus,” katanya pada mesyuarat pusingan pertama yang berlangsung hampir sejam di Bilik Mesyuarat NSTP, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.\r\r\n\n\n\n\nMesyuarat yang turut dihadiri Pengarang Sastera Berita Harian, Salbiah Ani, antara lain turut membincangkan penyair dan artis yang bakal beraksi di pentas puisi universiti terbabit yang bertujuan mendekatkan warga UTM ‘bermesra’ dengan genre puisi.\rAntara nama yang dicadangkan untuk beraksi pada malam terbabit ialah Sasterawan Negara (SN) Ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala; penggubah, pencipta dan penyanyi lagu-lagu puisi, Ahmad Ramli; penyair muda kelahiran Johor, Amni Jagat.\rTidak ketinggalan, kemungkinan Johan Deklamasi Puisi, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) Peringkat Kebangsaan 2002, 2006, 2008 dan 2010, Sarjan Yusof Ramji dan penyair indie, Fynn Jamal, akan turut memeriahkan majlis.\rSelain itu, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Zaini Ujang; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid dan beberapa pelajar UTM akan turut mempersembahkan bakat masing-masing.\r\n\n\n\n\rMesyuarat terbabit turut bersetuju majlis akan berlangsung secara santai berkonsepkan kedai kopi bagi membolehkan acara yang dibuka secara percuma kepada orang ramai untuk sama-sama menghayati puisi tanpa sebarang kekangan.\rMalam Puisi Riong BH-UTM adalah persinggahan keempat dalam jerayawara program terbabit yang tirainya dibuka pada tahun ini di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, pada 10 Januari lalu yang mencatat kehadiran lebih 3,000 khalayak.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|