CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Ilmu perubatan Melayu

[Copy link]
Post time 27-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Masyarakat Melayu lama rakam dalam kitab tib\rWACANA Manuskrip Melayu yang diadakan di Perpustakaan Negara (PNM) baru-baru ini membincangkan kaedah rawatan penyakit secara tradisional seperti yang dinyatakan dalam naskhah Kitab Tib Puntianak oleh Al-Haji Ismail Al-Haji Mustafa.\r\n\n\n\n\rNaskhah kitab setebal 40 halaman dengan ukuran 24.2cm x 15.5cm yang berasal dari Kampung Tenbelen, Puntianak, Kalimantan itu ditulis pada Disember 1907 dan kini menjadi sebahagian daripada koleksi PNM.\r\r\n\n\n\n\nPensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim berkata, kitab tib atau kitab perubatan adalah salah satu daripada naskhah manuskrip Melayu terawal yang memperkatakan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi masyarakat pada zaman lampau.\r“Ia adalah salah satu warisan budaya yang sangat bernilai, walaupun ketika ini wujud cara perubatan yang moden dan digunakan masyarakat secara lebih meluas berbanding cara perubatan tradisional,” katanya.\rKhalayak diberitahu, banyak kitab tib yang wujud di alam Melayu yang memperkatakan mengenai penyakit di sesuatu tempat dan cara perubatannya menggunakan bahan semula jadi di kawasan berkenaan.\r“Kitab tib ini kini banyak tersebar di alam Melayu kerana ia digunakan untuk tujuan kajian oleh mereka yang mendalami bidang perubatan tradisional Melayu,” katanya.\r\n\n\n\n\rKitab Tib Puntianak menjelaskan kaedah merawat yang dipraktikkan pengamalnya bermula dari proses pemilihan bahan yang diperlukan hinggalah perkara yang perlu dilakukan ketika proses rawatan itu.\rDr Ab Razak berkata, satu keperluan menurut kitab ini yang jelas berbeza berbanding kaedah rawatan moden ialah pesakit akan melakukan rawatan sendiri tanpa perlu dibantu oleh bomoh atau atau tukang ubat.\r“Ini kerana dalam kaedah rawatan, sesetengah bahan yang digunakan untuk proses berkenaan adalah berdasarkan sukatan pesakit itu sendiri. Contohnya, bahan rawatan seperti daun segenggam erat adalah berdasarkan genggaman pesakit sendiri.\r“Penulis kitab ini memperkatakan mengenai 32 jenis penyakit berdasarkan jantina dan setiap penyakit yang dinyatakan mempunyai pecahan masing-masing berdasarkan anggota badan yang mengalami kesakitan, sama ada secara fizikal atau rohaniah,” katanya.\rAda beberapa kaedah untuk menyediakan bahan dalam proses perubatan iaitu sama ada bahan yang digunakan itu ditumbuk, dipipis, digiling, diasah, direndang, diramas, dicampur, disurat, diembun, dibakar atau dimasak.\rSelain itu, dalam ilmu perubatan Melayu ada beberapa kaedah yang dipraktikkan dalam proses rawatan dan ia ditentukan berdasarkan jenis serta keseriusan penyakit yang dialami oleh seseorang itu.\r“Contohnya, penyakit medu hati, sakit perut, perut kembung, sembelit dan busung darah akan memerlukan pesakit meminum ramuan ubat yang dibuat. Penyakit lain mungkin memerlukan ramuan ubat untuk dimakan, disembur, dibedak, ditampal, disapukan, malahan pesakit mungkin diperlukan untuk berendam didalamnya,” katanya. \rBeliau berkata, proses penyediaan bahan ubatan dan rawatan menurut kitab ini juga membabitkan banyak syarat dan pantang larang bagi memastikan ia mujarab.\r“Syarat yang dinyatakan adalah seperti daun untuk dijadikan ubat dipetik pada waktu tertentu, ramuan diminum ketika sedang panas, rawatan dibuat sebelum atau selepas makan, rawatan dibuat tiga hari berturut-turut dan banyak lagi,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.190233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list