CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Melatih anak pelihara kesempurnaan puasa

[Copy link]
Post time 1-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
IBADAH puasa   Ramadan adalah salah satu tunjang utama Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan menunaikannya termasuk golongan anak kecil. Ulama berpandangan walaupun kanak-kanak belum diwajibkan melaksanakan syariat,  ibadah puasa dilakukan dianggap sebagai satu bentuk latihan.\rPernyataan ini jelas memberi isyarat ibadah puasa perlu dididik dan dilatih kepada anak kecil. Menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak seawal usia empat atau lima tahun belajar  menghayati kelebihan berpuasa pada  Ramadan.\r\n\n\n\n\r  Latihan menahan nafsu makan dan minum pada  siang hari serta memperbanyakkan amalan mulia dan mengelakkan diri daripada kemungkaran besar impaknya apabila anak meningkat dewasa kelak.\r\r\n\n\n\n\n  Mereka tidak akan berasa canggung untuk melaksanakan bukan saja amalan berpuasa juga ibadah fardu lain seperti bersolat, zakat dan sebagainya. Jiwa mereka terdidik untuk memperbanyakkan ibadah sampingan yang melengkapkan diri menjadi manusia soleh dan solehah.\rUntuk melatih anak berpuasa perlulah dimulakan secara berperingkat. Turuti tahap kemampuan mereka seadanya seperti puasa setengah hari, sekadar beberapa jam atau hanya beberapa hari sepanjang  Ramadan. \rUnsur ganjaran juga boleh dipraktikkan sebagai elemen penggalak mereka berpuasa. Contohnya, menyediakan masakan kegemaran mereka untuk berbuka dan bersahur, pujian, memberikan hadiah, atau duit raya jika berjaya melaksanakan ibadah puasa mengikut kemampuan masing-masing.\rIbu bapa boleh menceritakan kepada anak kewajipan berpuasa daripada konteks agama dan faedah dari sudut kesihatan supaya mereka faham bahawa berpuasa amalan yang besar kesan positifnya. Anak perlu dilatih rukun dan pantang larang berpuasa supaya bijak memelihara kesempurnaan puasa.\r\n\n\n\n\rPada Ramadan ini, mereka boleh diajak untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah sama ada di rumah atau masjid dan bertadarus al-Quran bersama-sama. Anak boleh diasuh mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga, jiran dan masyarakat dengan menganjurkan majlis berbuka puasa, berziarah serta bersedekah.\rMinda dan pemikiran anak perlu juga dididik supaya tidak mentafsirkan  Ramadan sinonim dengan pesta bunga api dan mercun. Hindarkan mereka daripada terjebak sindrom negatif yang bukan saja membazirkan wang, malah turut membahayakan nyawa.\rAnak juga tidak seharusnya dibiarkan  leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau membuat aktiviti tidak berfaedah. Sebaliknya mereka perlu dibimbing untuk menambah amal ibadah yang dijanjikan ganjaran besar oleh Allah.\rJika kaedah disarankan ini dapat dipraktikkan kepada anak sepanjang Ramadan, diyakini mereka akan menjadi umat Islam yang diredai-Nya dan menjadi insan  sempurna akhlak dan tata susila.\rDidikan agama yang mantap sejak usia kecil seperti ini dapat menjamin kekentalan dan keutuhan personaliti anak apabila usia mereka menjangkau dewasa umpama bidalan melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.514681 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list