CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

UPM bimbing 350 guru kaunseling

[Copy link]
Post time 2-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
SERAMAI 350 guru bimbingan dan kaunseling dari sekolah terpilih seluruh negara mengikuti seminar pembangunan profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.\rSeminar tiga hari itu bertujuan meningkatkan daya saing guru kaunseling dari aspek bimbingan akademik dan kerjaya selain berkongsi pengetahuan bagi memupuk kemahiran insaniah pelajar sekolah.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata sepanjang seminar kendalian ahli akademik berpengalaman, peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan bagi memantapkan perkhidmatan.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya harap guru dapat memanfaatkan apa yang diperoleh sepanjang berseminar.  Apabila mereka pulang ke sekolah,  masing-masing akan terus berbakti dengan penuh dedikasi.\r“Antara tajuk utama yang dibincangkan ialah tadbir urus manusia kerana guru berhadapan dengan pelajar.  Kemahiran ini penting kerana mereka berhadapan dengan masalah pelajar yang perlu ditadbir secara berhemah,” katanya.\rSeminar terbabit juga kata Dr Aini, menyalurkan pelbagai maklumat terkini berkaitan program akademik peringkat pengajian tinggi, syarat kelayakan, penemuan dan penyelidikan bidang berkaitan.\rMaklumat tambahan itu kata beliau, penting dalam usaha mengukuhkan hubungan antara guru kaunseling di peringkat sekolah dan universiti.\r\n\n\n\n\rGuru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Melaka, Norazlida Shamsuri, berkata dia seronok kerana dipilih mengikuti seminar ini. \rKatanya, banyak maklumat terkini diperoleh sepanjang tempoh seminar.  Segala ilmu serta panduan yang diperoleh sesuai dengan keperluan semasa memandangkan masalah pelajar kini semakin pelbagai.\r“Saya tertarik dengan topik mengenai pembangunan insaniah kerana ini adalah antara perkara penting perlu ada dalam setiap guru kaunseling,” katanya.\rGuru Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang, Zaidi Kamarudin, berkata walaupun sudah 13 tahun mengajar dan menjadi guru kaunseling, ini kali pertama dia diberi peluang mengikuti program sedemikian.\rKatanya, maklumat yang diperoleh begitu bermakna dan akan digunakan ketika berhadapan dengan masalah pelajar.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037284 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list