View: 141|Reply: 0
|
Hari Tebuka Perpustakaan UNISEL
[Copy link]
|
|
UNIVERSITI Industri Selangor (UNISEL) mengambil inisiatif menggalakkan warganya untuk terus menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan setempat selain memupuk semangat membaca.\rUNISEL dalam kenyataannya berkata, galakan itu diterjemahkan menerusi penganjuran Hari Terbuka Perpustakaan UNISEL yang berlangsung baru-baru. \r\n\n\n\n\r Katanya, program bertujuan mempromosikan perkhidmatan di perpustakaan berkenaan selain memberi kesedaran kepada warganya mengenai kepentingan pusat rujukan itu sebagai sumber ilmu.\r\r\n\n\n\n\n Antara pengisian sepanjang hari terbuka itu ialah Seminar Kerjaya yang dijayakan pegawai dari pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. Program disertai lebih 100 pelajar tahun akhir universiti berkenaan. \rWarga UNISEL juga berpeluang mengikuti ceramah pencegahan jenayah yang disampaikan pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia. Persatuan Pelajar Pra Sekolah turut mengambil bahagian dengan mengadakan program bersama kanak-kanak dengan menjemput kanak-kanak dari pusat jagaan berhampiran. Slot ini dipenuhi dengan aktiviti mewarna dan bercerita.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|