CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Takbir Cinta gabungkan Amy, Yassin

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Vokalis Search turut rancang berduet dengan Ahmad DhaniAMY dan Yassin sama-sama sudah lama merancang untuk berpadu suara, tetapi hanya baru-baru ini saja hasrat itu terlaksana kerana sibuk dengan aktiviti masing-masing.\n\n\n\nNamun perkara baik biasanya akan dipermudahkan dan pada Ramadan ini, termakbul hasrat mereka untuk menyaksikan projek istimewa mereka itu menjadi realiti. Dan baru-baru ini, di Restoran Cheng Ho, milik, vokalis kumpulan Search itu, berlangsung majlis pelancaran single berjudul Takbir Cinta yang lagu dan seni katanya dicipta Yassin.\n\n\n\n\nAmy berkata memang sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Mimpi Laila itu, dan lebih penting lagi, lagu baru itu adalah yang pertama berkonsepkan Ramadan selepas 30 tahun berada di dalam industri ini.\"Saya berasa teruja kerana ini adalah lagu pertama saya yang dibuat sempena menyambut Ramadan. Memang sudah lama ya hendak berkerja sama dengan Yassin, tetapi disebabkan masing-masing sibuk, baru sekarang hasrat itu menjadi kenyataan.\"Saya pilih Yassin kerana saya suka dengan lagu-lagu gubahannya. Malah, dia juga seorang penyanyi nasyid kontemporari yang baik,\" jelas Amy yang juga berpuas hati dengan hasil ciptaan Yassin itu.Walaupun sekadar single namun kata Amy, lagu itu dirakamkan dengan teliti supaya hasilnya mampu memuaskan hati semua pihak. \"Kami mengambil masa tiga bulan menyiapkan rakaman lagu ini. Semua ini kami lakukan untuk mendapatkan hasil terbaik. Saya tidak ada masalah bekerja dengan Yassin kerana kami saling berbincang. Pertama kali dengar lagu ini, saya sudah tertarik dengan melodinya. “Secara peribadi, lagu ini cukup istimewa kerana ia projek pertama saya menyanyikan lagu berkonsepkan balada World Music,\" kata Amy.Meskipun menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan dan muziknya amat berbeza dengan rock, namun itu tidak bermakna Amy beralih arah. Jelas datuk kepada seorang cucu ini, apa yang dilakukan adalah sekadar mahu memenuhi keinginan yang sudah lama tersimpan dalam hati.\"Saya sedar sejak kebelakangan ini, saya sering terbabit dalam pelbagai projek kerjasama yang menjurus kepada lagu kerohanian dan spiritual. Namun itu tidak bermakna saya sudah lupakan rock.“Saya menyanyikan lagu bercorak ketuhanan ini untuk waktu tertentu saja. Lagu Takbir Cinta ini hanyalah untuk bulan Ramadan dan Syawal saja kerana konsepnya memang sesuai untuknya,\" jelas Amy yang baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya ke-53 pada majlis itu.Selain projek bersama Yassin, Amy sudah membuat beberapa merancang untuk berpadu suara dengan beberapa penyanyi muda seperti Stacy dan Hazama selain vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani. \"Siapa kata yang kami bermusuhan. Memang kami sudah merancang untuk merakamkan sebuah lagu duet bersama. Lagu dan lirik ciptaan Ahmad Dhani itu berjudul Jika Syurga dan Neraka Tak Pernah Ada. Lagu itu berentak moderate. Jika segalanya berjalan lancar, kami akan merakamkan lagu itu di Indonesia,\" cerita Amy lagi.Sambutan 30 tahun SearchPADA Oktober nanti, Search mencatat sejarah tersendiri buat kumpulan yang terkenal dengan lagu Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Cinta Buatan Malaysia ini apabila mereka bakal meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan itu.Sebagai tanda terima kasih kepada peminat, Amy berkata Search akan mengadakan konsert jelajah negara di enam lokasi di Johor, Terengganu, Perak, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur. Selain mengadakan konsert, Search juga akan mengeluarkan box-set yang mengandungi album Search terdahulu. “Diharap peminat Search tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert kami dan box set ini,\" katanya dalam nada teruja.Pada majlis itu, Amy turut meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-53. Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah anak-anak tahfiz dari Rumah Manbaul Hufaz, Cheras Indah. Sepanjang Ramadan ini, Amy memberitahu seperti tahun sebelum ini, dia lebih selesa untuk berehat di rumah.\"Setiap kali Ramadan, saya lebih suka berehat di rumah. Pada sebelah malam, seperti kelazimannya, saya akan menunaikan solat Terawih di masjid. Kalau ada pun aktiviti, saya perlu memenuhi beberapa undangan berbuka puasa yang dianjurkan oleh beberapa badan korporat. Jika tidak, masa saya akan dihabiskan di restoran melayan pelanggan,\" katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.331168 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list